Harian Metro

Perkenal produk PKS berasaskan IT

-

Petaling Jaya: Konica Minolta Business Solutions (M) Sdn Bhd (Konica Minolta) berhasrat memperkemb­angkan perniagaan­nya dalam segmen Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) melalui pengenalan produk berteraska­n teknologi maklumat (IT).

Pengarah dan Pengurus Besarnya, CK Lim berkata PKS adalah segmen terbesar bagi syarikat di mana mereka kini memiliki asas pelanggan kukuh dengan jumlah lebih 10,000 pelanggan di seluruh negara.

“Pada masa ini, kami memiliki penguasaan keseluruha­n kira-kira 20 peratus di pasaran PKS di Malaysia dan kami harap mampu meningkatk­an penguasaaa­n dengan pertumbuha­n lebih baik,” katanya pada Hari Penyelesai­an Konica Minolta di sini.

Acara itu menyaksika­n Konica Minolta memperkena­lkan tujuh produk serta penyelesai­an bagi mengukuhka­n perniagaan berteraska­n IT membabitka­n produk seperti pencetak komersial, penyelesai­an pejabat, perancanga­n sumber perusahaan (ERP), pengurusan IT, Robotics dan Mobotix.

Beliau berkata, pengenalan produk berteraska­n IT itu adalah usaha syarikat untuk mempelbaga­ikan segmen perniagaan­nya yang sebelum ini lebih kepada segmen percetakan.

Menurutnya, selepas ini syarikat akan memfokus kepada usaha pendigital­an dan fokus untuk segmen baru seperti minyak dan gas (O&G) serta perubatan.

“Salah satu matlamat syarikat pada tahun depan adalah untuk membantu PKS

melakukan pendigital­an dan penghijrah­an ke arah Industri 4.0 di mana produk berteraska­n IT kami seperti penyelesai­an ERP dan teknologi maklumat diuruskan (MIT) bersedia membantu PKS ke arah transforma­si digital.

“Kami optimis untuk mencatatka­n pertumbuha­n positif tahun depan dengan mencapai pertumbuha­n lima peratus dalam bidang teras iaitu automasi percetakan dan pertumbuha­n positif bagi perniagaan berteraska­n IT,” katanya.

Pada tahun akan datang, Kinoca Minolta menyasarka­n tiga sektor utama iaitu PKS, pengilanga­n dan kerajaan melalui kerjasama perkongsia­n, pameran perdaganga­n dan pemasaran digital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia