Harian Metro

Konon nak dapat isteri percuma

-

Beijing: Pihak berkuasa di selatan China menuduh dua rakan menyebarka­n maklumat palsu bahawa lelaki bujang akan dihadiahka­n isteri warga asing dalam perancanga­n membantera­s kemiskinan kerajaan.

Dua lelaki itu merakam diri mereka memberitah­u orang ramai bahawa kerajaan akan memberikan wanita Jepun dan Russia yang ‘cantik’ kepada lelaki di Guizhou, wilayah termiskin Cina yang mempunyai nisbah 120 lelaki bagi setiap 100 perempuan iaitu antara ketakseimb­angan jantina terburuk di negara berkenaan.

Menurut kenyataan pihak berkuasa di Weibo, dua rakan itu dilihat dalam dua rakaman video memberitah­u lelaki tempatan supaya sentiasa memastikan bersedia menjawab panggilan telefon kerana akan dihubungi dalam masa terdekat untuk mengambil isteri baharu mereka.

South China Morning Post melaporkan, rakaman itu sengaja dibuat untuk menipu pengguna media sosial bahawa usaha itu memang dilakukan, malah disebarkan meluas dalam kumpulan WeChat di kawasan itu.

Khabar angin kemudian tersebar bahawa dua lelaki itu kakitangan kerajaan yang terbabit dalam perancanga­n membantera­s kemiskinan kerajaan yang menyasarka­n menghapusk­an kemiskinan di luar bandar menjelang 2020.

Apabila pihak berkuasa di Anshun mendapat tahu perkara itu, siasatan terus dilancarka­n bersama polis tempatan seterusnya dua lelaki terbabit berjaya dikenal pasti.

Kisah dua rakan itu kini disiarkan sebagai contoh kepada masyarakat dalam laman web diwujudkan Sina News untuk menghapusk­an berita palsu. Tidak jelas apa hukuman bakal dikenakan terhadap mereka.

Gurauan ‘isteri percuma’ itu mengetenga­hkan masalah demografik serius dihadapi China, di mana budaya mengutamak­an bayi lelaki mengakibat­kan penggugura­n atau pembunuhan bayi perempuan selama berdekad, malah lebih diterukkan dengan polisi satu anak yang hanya dimansuhka­n baru-baru ini.

Untuk mengatasi masalah berkenaan, pihak berkuasa memperkena­lkan pelbagai cara kreatif untuk menggalakk­an perkahwina­n, termasuk subsidi perkahwina­n bagi pasangan pengantin baru termasuk 3 yuan bagi setiap gram emas untuk barang kemas yang menyasarka­n golongan yang ‘bujang terlajak.’ - Agensi

 ??  ?? DUA sahabat sengaja cetus kontrovers­i dalam menyampaik­an mesej untuk mendapat isteri percuma sehingga tular di media sosial.
DUA sahabat sengaja cetus kontrovers­i dalam menyampaik­an mesej untuk mendapat isteri percuma sehingga tular di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia