Harian Metro

Separuh pengikut Twitter Trump palsu

-

Washington: Twitter menjadi medium media sosial paling digemari Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menyatakan pesanannya, namun sebuah laman web mendakwa separuh daripada lebih 54 juta pengikutny­a adalah palsu.

SparkToro yang menganalis­is akaun Twitter untuk mengesan akaun robot atau bots, spam dan pengguna tidak aktif, mendapati 61 peratus pengikut Twitter Trump tidak wujud di dunia nyata.

Menurut laporan Daily Mail, laman web itu membuat dakwaan terbabit selepas melancarka­n perisian terbarunya minggu lalu, yang boleh mengesan pengikut hantu akaun Twitter.

Menurut SparkToro, jumlah besar tindak balas yang aktif akaun Twitter Trump mendorong ia melakukan analisis itu dan mendakwa memeriksa setiap satu akaun 54,788,369 Washington: Kajian mendapati hampir satu pertiga golongan muda Amerika Syarikat kini mengalami lebihan berat badan yang menimbulka­n kebimbanga­n tentera berikutan ramai tidak akan layak untuk berkhidmat.

“Obesiti sudah lama mengancam kesihatan negara dan semakin lama, ia turut mengancam keselamata­n negara,” kata laporan kajian oleh Majlis untuk Kekuatan Amerika, minggu lalu.

Bulan lalu, tentera Amerika mengumumka­n ia dijangka gagal mendapatka­n 76,500 rekrut baru pada 2018, kekurangan 6,500 anggota akibat calon terlalu gemuk.

Menurut Jabatan Pertahanan, obesiti menjadi sebab utama 71 peratus rakyat Amerika berusia antara 17 hingga 24 tahun tidak memenuhi syarat untuk menyertai pengikut presiden berkenaan.

Laman web itu mendakwa ia mendapati 33,420,905 daripada akaun Twitter terbabit adalah palsu.

Menurut SparkToro, akaun Twitter Trump mempunyai peratusan terbesar pengikut palsu diikuti akaun Gabenor California, Jerry Brown, dengan separuh adalah palsu.

Meskipun gabenor itu yang dianggap orang paling berkuasa di negeri paling ramai penduduk, akaun Twitter beliau mempunyai hanya 1.3 juta pengikut.

Bintang pop, Katy Perry mempunyai 107,260,392 pengikut, namun 43.7 peratus adalah palsu, bermakna jumlah spam, bots, propaganda dan akaun tidak aktif ialah 46,872,791.

SparkToro meletakkan bekas presiden Barrack Obama di tempat ketiga dengan 48.1 peratus daripada 102.7 juta pengikut akaun Twitternya adalah palsu. Agensi

 ??  ?? CALON terlalu gemuk antara punca utama tentera Amerika gagal memenuhi kuota mendapatka­n 76,500 rekrut baru tahun ini. - Agensi
CALON terlalu gemuk antara punca utama tentera Amerika gagal memenuhi kuota mendapatka­n 76,500 rekrut baru tahun ini. - Agensi
 ??  ?? SPARKTORO mengesan pengikut akaun Twitter Trump tidak wujud di alam nyata.
SPARKTORO mengesan pengikut akaun Twitter Trump tidak wujud di alam nyata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia