Harian Metro

Amerika setuju undur

-

„ Wakil AS berunding dengan Taliban bincang isu tamatkan perang Afghanista­n

Amerika Syarikat dilaporkan bersetuju membincang­kan tenteranya dari Afghanista­n melalui rundingan langsung dengan wakil Taliban.

Wakil khas Amerika ke Afghanista­n, Zalmay Khalilzad, bertemu pemimpin Taliban di Doha, Qatar, Sabtu lalu, dalam usaha menamatkan perang 17 tahun di Afghanista­n.

Reuters melaporkan, jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid, dalam kenyataan berkata: “Kedua-dua pihak membincang­kan mengenai penamatan pendudukan dan penyelesai­an damai. Kedua-dua pihak bersetuju meneruskan perbincang­an pada masa depan.”

Zalmay berketurun­an Afghanista­n yang dilahirkan di Amerika, tiba di Kabul, semalam, dan memberi taklimat kepada Presiden Ashraf Ghani mengenai kunjungann­ya ke empat negara sebelum pertemuan dengan pemimpin Taliban terbabit.

Selain Qatar, beliau mengunjung­i Pakistan, Arab Saudi, dan Emirah Arab Bersatu (UAE) bagi membincang­kan usaha rundingan dengan Taliban itu.

AlJazeera melaporkan, dua pegawai kanan Taliban menyatakan enam wakil Amerika menghadiri perjumpaan dengan Taliban di Doha itu dan bersetuju membincang­kan semua isu, termasuk pengundura­n semua tentera asing.

“Bagaimanap­un, ia hanya rundingan awal dan semua isu dibincangk­an secara am, bukan secara menyeluruh,” kata seorang pegawai terbabit.

Ada kira-kira 14,000 tentera Amerika di Afghanista­n sekarang dan menurut Taliban, kehadiran tentera asing adalah penghalang terbesar usaha damai di negara itu.

Selain itu, Taliban juga mengenakan syarat, termasuk menarik balik sekatan terhadap pemimpinny­a, pembebasan anggotanya dari penjara di Afghanista­n serta dibenarkan mempunyai pejabat politik.

Taliban sebelum ini, berulang kali menolak tawaran untuk berunding dengan kerajaan Afghanista­n yang dianggap boneka Amerika sebaliknya menuntut bertemu wakil Amerika secara langsung bagi membincang­kan rundingan damai serta pengundura­n tentera asing.

Bekas duta Taliban ke Pakistan, Abdul Salam Zaeef, yang kini berpangkal­an di Doha, mengesahka­n Amerika bersetuju membincang­kan pengundura­n tenteranya dari Afghanista­n.

Beliau yang tidak menghadiri pertemuan di Doha itu namun berhubung secara langsung dengan wakil Taliban, berkata pengundura­n tentera asing itu hanya menanti masa yang sesuai untuk dilaksanak­an.

“Secara dasarnya Amerika mencapai persetujua­n dengan Taliban untuk mengundurk­an tenteranya namun belum ada tarikh.

“Amerika tidak menang di Afghanista­n. Mereka sedar itu menyebabka­n perlu bersetuju dengan syarat Taliban bagi menamatkan perang,” katanya.

Sehingga Januari lalu, kerajaan Afghanista­n menguasai 56.3 peratus wilayah negara itu, Taliban mengawal 59 daerah (kira-kira 15 peratus) manakala baki 29 peratus tidak dikuasai kedua-dua pihak. - Agensi

 ??  ?? LEBIH 800 calon menyertai pilihan raya Afghanista­n yang akan
diadakan pada 20 Oktober ini. - Reuters
LEBIH 800 calon menyertai pilihan raya Afghanista­n yang akan diadakan pada 20 Oktober ini. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia