Harian Metro

Sampah rumah kami, rezeki kami

-

Manila: Tondo, kawasan setinggan terbesar Manila dibina di kawasan pembuangan sampah dengan kanak-kanak mencari sisa makanan sebelum membersihk­annya dan memasaknya kembali untuk dimakan.

Menurut laman web Save The Children, ada kira-kira 200,000 kanak-kanak di kawasan setinggan itu yang keluarga mereka mencari nafkah mengumpul barangan kitar semula dalam longgokan sampah.

Sebahagian besar daripada kanak-kanak itu tidak pernah berada dalam bilik darjah dan bagi yang ke sekolah, terpaksa berjalan kaki ayam merentasi laluan berlumpur bercampur najis haiwan dan manusia, malah mungkin tertusuk pecahan kaca.

Kanak-kanak yang dilahirkan di kawasan itu tidak pernah menghirup udara segar, hanya bau sampah yang sudah sebati dan bagi yang tidak berpeluang ke sekolah, menyertai ibu bapa mencari barangan dalam sampah untuk dijual.

Menurut laporan AlJazeera, dua kali seminggu lori berwarna-warni memasuki kawasan itu dan dua hari berkenaan menjadi antara hari paling bahagia kepada kanak-kanak terbabit kerana akan mendapat makanan segar.

Kanak-kanak semuda tiga tahun mengerumun­i sukarelawa­n pertubuhan sukarela Bahay Tuluyan yang memberi makanan percuma kepada penduduk setinggan dan kawasan miskin.

Ramai daripada mereka termasuk dalam golongan 33 peratus kanak-kanak Filipina yang kekurangan zat serta terbantut pembesaran.

“Masalah kekurangan zat amat serius. Ramai mengalamin­ya,” kata Timbalan Pengarah Bahay Tuluyan, Catherine Scerri.

Ekonomi Filipina berkembang hampir tujuh peratus tahun lalu, manakala masalah kekurangan zat dan terbantut pembesaran menyebabka­n kerajaan menanggung kos AS$6 bilion (RM25 bilion) setahun (3.0 peratus daripada KDNK), namun tumpuan kerajaan ke arah lain.

Presiden Rodrigo Duterte mengalihka­n tumpuannya memerangi dadah di kawasan miskin Manila, kempen yang menurut pertubuhan hak asasi antarabang­sa menyebabka­n 12,000 terbunuh.

Penduduk di kawasan miskin menjadi sasaran, termasuk Tondo dan bunyi enjin motosikal menyebabka­n kanak-kanak bertempiar­an, bimbang polis datang untuk menahan atau membunuh seseorang yang mereka kenal.

Bahay Tuluyan berusaha membantu kanak-kanak jalanan yang semakin ramai, termasuk mereka yang menjadi anak yatim akibat kempen memerangi dadah.

Pengarah Eksekutif Global Alliance for Improved Nutrition di Geneva, Lawrence Haddad berkata, kerajaan Filipina perlu memberi tumpuan kepada masalah kekurangan zat kanak-kanak itu.

 ??  ?? KEADAAN penempatan setinggan yang dibina di kawasan pembuangan sampah di Tondo, Manila. - Save The Children
KEADAAN penempatan setinggan yang dibina di kawasan pembuangan sampah di Tondo, Manila. - Save The Children
 ??  ?? SELAIN kemiskinan, kehidupan seharian kanak-kanak di kawasan setinggan di Tondo, Manila, dikeliling­i sampah. - Agensi
SELAIN kemiskinan, kehidupan seharian kanak-kanak di kawasan setinggan di Tondo, Manila, dikeliling­i sampah. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia