Harian Metro

Aksi cemerlang

- Jugjet Singh jugejt@nst.com.my

„ Skuad remaja berdepan India selepas benam Zambia

Skuad hoki remaja negara mara ke final temasya Olimpik Remaja 2018 selepas menewaskan Zambia 7-4 di Buenos Aires, Argentina, awal pagi semalam.

Lawan yang akan ditemui skuad bawah 18 tahun negara itu bagi perebutan pingat emas adalah gergasi Asia, India yang menewaskan tuan rumah, Argentina 3-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Akhimullah Anuar Esook sekali lagi menjadi wira negara dengan menampilka­n persembaha­n cemerlang apabila mencetak hatrik untuk mengumpul keseluruha­n 20 gol setakat ini.

Bintang muda negara itu membuka tirai jaringan seawal 30 saat selepas perlawanan bermula dan menambah koleksi golnya pada minit kelapan sebelum melengkapk­an hatrik 30 saat sebelum permainan berakhir.

Turut mencetak nama selaku penjaring gol ialah Firdaus Rosdi (gol kedua dan ketiga), Muhibuddin Moharam (minit ke-11) dan Syarman Mat Tee (m-12).

Zambia sebelum ini menewaskan Australia 6-4 di suku akhir sekali gus menjadi antara kejutan utama di temasya berkenaan.

Di peringkat kumpulan, Malaysia tewas 2-4 kepada Argentina manakala India turut tewas kepada Australia 3-4.

Selepas

mengesahka­n pungutan pingat, Malaysia kini bakal beraksi bermati-matian untuk memenangi pingat emas pada penampilan sulung di Sukan Olimpik Remaja.

 ??  ?? AKHIMULLAH (kanan) mencetak hatrik ketika menentang Zambia.
AKHIMULLAH (kanan) mencetak hatrik ketika menentang Zambia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia