Harian Metro

Skuad negara duduki tempat kelima

-

Lumpur: Saingan Piala Sultan Johor menjadi pengukur masa depan skuad hoki negara dengan edisi kali ini menyaksika­n skuad bimbingan jurulatih, Nor Saiful Zaini Nasiruddin mempamerka­n prestasi tidak menentu untuk menamatkan saingan di tempat kelima.

Untuk rekod, Piala Sultan Johor adalah satu-satunya kejohanan bawah 21 tahun di dunia dengan setiap pasukan tidak mahu melepaskan peluang menyertain­ya setiap tahun.

Malaysia

muncul

juara pada edisi pertama 2011, tercorot pada 2012 sebelum muncul naib juara pada 2013.

Skuad di bawah bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah ketika itu juga melalui prestasi tidak menentu tetapi berjaya menamatkan saingan di Piala Dunia Remaja di tempat keempat di New Delhi.

Melihat kepada rekod lalu, masih ada harapan untuk

skuad remaja di bawah bimbingan Nor Saiful.

Tiga pemain yang beraksi di Piala Sultan Johor layak beraksi di Piala Dunia Remaja 2021 manakala tujuh pemain yang ketika ini beraksi di Sukan Olimpik Remaja juga boleh beraksi.

Nor Saiful mengakui barisan pemainnya kekurangan pendedahan dan memerlukan lebih banyak perlawanan antarabang­sa dalam usaha membentuk pasukan terbaik.

“Kami tidak bermain baik dan hanya dapat beraksi sebagai sebuah pasukan mantap di hujung saingan.

“Kami sebenarnya boleh mempamerka­n aksi lebih baik tapi kekurangan pendedahan di pentas antarabang­sa menjadi penghalang. Kami perlukan lebih banyak perlawanan berkualiti untuk beraksi baik di kempen kelayakan Piala Dunia Remaja,” kata Nor Saiful.

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN negara, Adam Mamat (kanan) bersaing dengan pemain New Zealand, Maks Wyndham Smith.
PEMAIN negara, Adam Mamat (kanan) bersaing dengan pemain New Zealand, Maks Wyndham Smith.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia