Harian Metro

Trofi hari lahir

-

„ Leishman juarai CIMB Classic kurang dua minggu dari sambutan hari jadi

hadiah ulang tahun kelahiran ke-35 lebih awal dengan menjuarai CIMB Classic yang menamatkan saingannya di TPC Kuala Lumpur, semalam.

Bintang Australia itu membawa pulang AS$1.26 juta (RM5.2 juta) menjelang sambutan ulang tahun yang kurang dua minggu lagi.

Leishman melakar empat birdie berturut-turut di sembilan lubang pertama dengan keseluruha­n lapan birdie serta satu bogey untuk catatan keseluruha­n 26 bawah par 262.

Dia selesa dengan kelebihan lima pukulan berbanding pesaing utama dari Amerika Syarikat, Chesson Hadley serta pendahulu hari pertama, Bronson Burgoon dan wakil Argentina, Emiliano Grillo yang berkongsi tempat kedua.

Leishman berharap dapat meneruskan aksi konsisten seperti yang dipamerkan di TPC Kuala Lumpur sebelum memulakan permainan di saingan CJ

Cup @ Nine Bridges di

Korea Selatan minggu depan.

“Selepas memenangi dua kejohanan dua musim lalu, saya belum pernah memenangi sebarang kejohanan pada tahun ini. Akhirnya saya dapat melakukann­ya minggu ini.

“Harap saya dapat meneruskan aksi konsisten ini di Korea Selatan minggu depan dan Piala Dunia (22 hingga 25 November di Melbourne) serta saingan PGA Australia, hujung tahun ini,” katanya.

Leishman mengetepik­an cabaran pendahulu hari ketiga dari India, Shubhankar Sharma yang gagal meneruskan rentak cemerlang untuk muncul pemain Asia pertama memenangi CIMB Classic selepas bolanya masuk ke dalam kolam di lubang ke-11.

“Saya tidak bermula dengan baik tapi saya cuba untuk bangkit semula. Saya melakukan empat birdie berturut-turut dan saya tahu masih mempunyai peluang untuk menang.

“Tapi saya tak

bernasib baik di lubang ke-11 apabila bola masuk ke dalam air dan ia hayunan paling teruk saya lakukan.

“Selepas itu saya gagal melakukan pukulan dengan baik,” kata pemenang Kejohanan Maybank 2018 itu yang melakukan keseluruha­n 19 bawah par 269 untuk menamatkan saingan dengan berkongsi di kedudukan ke-10.

Sementara itu, juara bertahan, Justin Thomas mencatat lapan bawah par 64 untuk menamatkan berkongsi penamat di kedudukan kelima.

Pemain negara, Ben Leong pula melahirkan rasa gembiranya apabila dapat menimba banyak pengalaman sepanjang beraksi bersama pemain golf terkemuka di kejohanan berkenaan.

“Dapat beraksi di Jelajah PGA, ia pastinya akan menambah pengalaman, keyakinan anda. Saya dapat belajar sesuatu daripada pemain handalan di sini dan cuba untuk mengikut rentak mereka.

“Sudah pasti ia dapat memperbaik­i diri saya, bukan hanya permainan tapi mental juga,” kata Ben yang membuat catatan 68-70-71-72 untuk menamatkan saingan tujuh bawah par 281 untuk berkongsi tangga ke-54 bersama pemain Amerika Syarikat, Ted Potter Jr, Brendan Steel, Troy Merritt dan Kim Si Hwan.

 ??  ?? LEISHMAN bersama trofi kemenangan CIMB Classic dimenangin­ya.
LEISHMAN bersama trofi kemenangan CIMB Classic dimenangin­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia