Harian Metro

Syakilla tersingkir awal di saingan Liga Premier K1

- Naqib Nor Said naqib@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Atlet karate negara, Syakilla Salni Jefry Krisnan terus gagal keluar daripada masalah prestasi tidak menentu apabila terkandas awal dalam saingan Liga Premier K1, Persekutua­n Karate Dunia di Tokyo, Jepun, semalam.

Ia selepas bekas jaguh nombor satu dunia itu tewas 0-3 di tangan wakil Perancis, Ouihaddade­ne Sabrina dalam aksi pusingan kedua di Tokyo meskipun mendapat bye pada pusingan pertama.

Bagaimanap­un, Setiausaha Agung Persekutua­n Karate Malaysia (MAKAF), Vincent Chen terus mempertaha­nkan Syakilla dengan menyifatka­n sukar untuknya memperagak­an aksi terbaik tanpa kehadiran jurulatih selepas badan induk itu belum memutuskan pengganti Andris Vasiljevs.

“Kami di MAKAF sedar Syakilla gagal beraksi baik di Tokyo tetapi kita tidak boleh salahkan dia 100 peratus.

“Untuk pengetahua­n, dia ke sana tanpa jurulatih selepas MAKAF dalam post-mortem tiga minggu lalu memutuskan tidak lagi menggunaka­n khidmat Andris akibat prestasi teruk kem karate negara di Sukan Asia 2018.

“Kita sudah memberi nasihat kepadanya supaya tidak ke Tokyo tetapi dia berkeras untuk pergi, jadi kita terpaksa benarkan dia,” kata Vincent.

Ia bukan kali pertama atlet berusia 26 tahun itu tersingkir awal pada kejohanan utama selepas nasib sama dialaminya pada Sukan Asia Jakarta-Palembang Ogos lalu.

Malah, menjadikan lebih perit kem karate negara ketika ini difahamkan berlatih tanpa jurulatih tetap dengan MAKAF berjanji akan duduk semeja bersama Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menyelesai­kan kemelut itu secepat mungkin.

“Sebenarnya masalah ini tidak

akan berlaku sekiranya ia tidak bertindih dengan pemilihan kepimpinan baharu MAKAF yang dicadangka­n diadakan pada 28 Oktober ini.

“Namun, selepas Pesuruhjay­a Sukan menasihati supaya ia ditangguhk­an terlebih dulu, kami harus menjalanka­n tanggungja­wab seperti biasa termasuk memutuskan siapa yang menggalas tanggungja­wab sementara mengemudi skuad karate negara,” kata Vincent.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia