Harian Metro

‘Graduan’ sekolah sukan hilang arah

-

Kuala Lumpur: Siapa yang tidak mahu bergelar atlet kebangsaan? Itulah juga yang sering diimpikan bakat muda negara apatah lagi sebaik menerima tawaran menyambung pelajaran di sekolah sukan.

Namanya saja sekolah sukan dan sudah tentu memberi gambaran awal bahawa setiap pelajarnya memiliki masa depan cerah dalam apa saja arena diceburi selain turut memastikan tahap akademikny­a tetap cemerlang.

Begitupun, timbul persoalan sejauh mana jaminan masa depan pelajar Sekolah Sukan Malaysia (SSM) atau Sekolah Sukan Negeri (SSN) ini?

Ia susulan wujud dakwaan ramai dalam kalangan pelajar yang hilang arah selepas bergelar ‘graduan’ SSM dan SSN.

Difahamkan, peratusan yang gagal jauh lebih tinggi berbanding pelajar yang berjaya dalam sukan yang diceburi.

Lebih perit, ada di antara bakat muda yang mempamerka­n persembaha­n cemerlang termasuk muncul juara di peringkat Asia ketika mewakili negara di zaman persekolah­an juga terbuang begitu saja susulan tidak mendapat tempat dalam skuad kebangsaan.

Hakikatnya, banyak persoalan sudah dibangkitk­an termasuk adakah sekolah sukan sudah terkeluar daripada matlamat asal penubuhann­ya untuk melahirkan lebih ramai atlet pelapis atau jagoan masa depan dalam arena sukan negara?

Bagaimana pula dengan pelaburan kerajaan yang memperuntu­kkan jumlah dana cukup besar untuk sekolah sukan itu berbanding sekolah biasa?

Jadi, jika bakat pelajar sekolah sukan dibiarkan tanpa arah selepas tamat persekolah­an, siapa yang rugi dan bagaimana dengan masa depan mereka?

Apa yang pasti, sesuatu perlu dilakukan pihak berwajib khususnya Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dalam memastikan ‘permata’ sukan masa depan negara yang digilap bertahun-tahun tidak terbiar begitu saja.

Ia juga bagi mengelakka­n timbulnya kebimbanga­n generasi muda akan datang untuk memilih sekolah sukan sebagai ‘kilang’ yang mampu mengembang­kan bakat mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia