Harian Metro

Dulu atlet, sekarang drebar...

- Zulfaizan Mansor, Syafiq Aznan, Naqib Nor Said dan Firdaus Hashim aziman@nstp.com.my

Nelayan, juruwang, operator kilang, pemandu lori dan anggota badan beruniform menjadi antara profesion yang makin sinonim dengan sesetengah bekas pelajar yang pernah berada dalam sistem sekolah sukan di Malaysia.

Itu antara kesudahan nasib dialami bekas pelajar sekolah sukan yang tidak berjaya dalam bidang diceburi selepas terlampau leka dalam mengejar impian bergelar atlet kebangsaan.

Ketika masih ada yang berjaya mencapai kejayaan untuk bergelar jurulatih, guru dan peguam selain mewakili negara, tetapi jumlah mereka yang gagal sebenarnya lebih besar.

Senario itu diakui bekas pelajar Sekolah Sukan Malaysia (SSM) yang hanya mahu dikenali sebagai Zack apabila mengakui ‘tertipu’ dengan jaminan masa depan yang cerah sebaik menjejakka­n kaki ke sekolah itu yang disifatkan­nya sebagai indah khabar dari rupa.

“Kali pertama masuk memang saya amat gembira kerana bukannya mudah untuk diserap ke SSM.

“Tapi, jika diberi peluang untuk sekali lagi membuat pilihan, saya mungkin tidak menerimany­a kerana jaminan masa depan yang

„ Ramai bekas pelajar sekolah sukan terbiar

cerah dalam sukan hanya janji palsu semata-mata.

“Mana tidaknya, selepas tamat sekolah nak dikekalkan dalam program sukan pun susah apatah lagi kebanyakan program remaja negara lebih terarah kepada pemain di bawah usia 21 tahun. Selepas itu apakah hala tuju kami?

“Terus terang saya katakan, ramai di antara kami menghadapi kesukaran mencari pekerjaan, malah ada yang kini bekerja sebagai nelayan, operator kilang mahupun pemandu lori bagi meneruskan kehidupan,” katanya kepada NSTP.

Malah, dalam kes Zack sendiri, dia pernah bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya sebelum mula menjalanka­n perniagaan kecil-kecilan demi kelangsung­an hidupnya.

“Macam mana kami nak minta kerja, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pra-Universiti kurang memberangs­angkan.

Ini kerana di sekolah sukan sejak dari awal fokus kami hanya kepada sukan, jadi dari segi akademik memang agak ke belakang.

“Jangan tengok kelompok pelajar yang berjaya dalam sukan saja, sebenarnya kelompok yang gagal lebih ramai.

“Bila orang bercakap ketika zaman sukan kenapa tidak bersungguh-sungguh, bayangkan yang menamatkan pengajian 30 pelajar, takkan semuanya akan diserap ke dalam skuad senior,” ulasnya.

Menurutnya, apa yang diperjuang­kannya ini lebih kepada memastikan generasi pelajar sekolah sukan akan datang tidak senasib dengannya.

“Sebolehnya janganlah abaikan atlet ini, hargailah pengorbana­n kami yang menjalani latihan antara lima hingga tujuh tahun tanpa henti dalam memburu cita-cita mewakili negara.

“Malah, ia akan menjadi pelaburan yang merugikan jika kemahiran dan pengetahua­n yang ada pada kami semua tidak dimanfaatk­an sebaik mungkin.”

 ?? FOTO: HALIMATON SAADIAH ??
FOTO: HALIMATON SAADIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia