Harian Metro

ORANJE SENYUM LEBAR

Belanda lenyap kemarau kemenangan 16 tahun ke atas Jerman

-

Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk mengetuai skuad Belanda membenam Jerman, 3-0 dalam saingan Liga NegaraNega­ra Eropah awal pagi semalam, sekali gus meningkatk­an tekanan kepada pengendali, Joachim Loew.

Jaringan menerusi tandukan kapten, Van Dijk meletakkan tuan rumah di depan dalam pertembung­an di Amsterdam.

Ketika pertahanan Jerman dilihat goyang,

Memphis Depay dan seorang lagi pemain Liverpool, Georginio Wijnaldum terus menghukum lawan dengan gol kedua dan ketiga untuk mengesahka­n kemenangan penuh bergaya skuad

Oranje di Arena Johan Cruyff Amsterdam.

Kejayaan itu adalah yang pertama buat Belanda menumbangk­an Jerman dalam tempoh 16 tahun dan kekalahan itu akan meningkatk­an desakan supaya Loew berundur selepas 12 tahun mengemudi pasukan.

Ia juga dianggap detik malang buat Jerman selepas disingkirk­an pada pusingan awal di Piala Dunia 2018 dengan menghuni tangga tercorot kumpulan.

Kekalahan pada perlawanan ke-168 kendalian Loew itu sekali lagi menyaksika­n Jerman berada di kedudukan terbawah Kumpulan 1, Liga Negara-Negara Eropah.

Dalam aksi pagi tadi,

Van Dijk membuka tirai jaringan apabila menanduk masuk bola muntah hasil percubaan Ryan Babel yang terkena palang gol pada minit ke-30.

Depay kemudian membuktika­n kelemahan benteng Jerman apabila meledak gol kedua pada minit ke-87, hasil gerakan menarik dengan Quincy Promes yang menyaksika­n gandingan itu bijak menyusup masuk ke bahagian belakang pertahanan lawan.

Selepas itu, Depay sekali lagi mempunyai peluang keemasan meledak jaringan, namun percubaann­ya terkena palang gol sebelum Wijnaldum mengesahka­n kemenangan mutlak milik Belanda menerusi gol ketiga pada masa kecederaan.

Jerman akan berdepan juara dunia, Perancis di Paris Selasa ini dan Loew pastinya tidak akan bertahan lama jika tumbang sekali lagi.

 ??  ?? DEPAY meraikan jaringan ketika menentang Jerman, semalam.
DEPAY meraikan jaringan ketika menentang Jerman, semalam.
 ??  ?? WIJNALDUM (kiri) tambah derita Jerman selepas meledak gol ketiga Belanda.
WIJNALDUM (kiri) tambah derita Jerman selepas meledak gol ketiga Belanda.
 ??  ?? NEUER kecewa gawang bolos tiga kali.
NEUER kecewa gawang bolos tiga kali.
 ??  ?? VAN Dijk buka tirai jaringan perlawanan.
VAN Dijk buka tirai jaringan perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia