Harian Metro

Hodak tak gusar

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

„ Tak bimbang biarpun anak buahnya seri sekali dan tewas dua kali

1-3 kepada Qatar sebelum seri 1-1 dan kecundang 0-2 dalam dua aksi berdepan UAE, Rabu lalu dan kelmarin.

Tiga aksi persahabat­an itu diadakan sebagai persiapan menghadapi kejohanan B-19 Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) di Indonesia, bermula Sabtu ini.

Enggan memikirkan keputusan diraih, Hodak percaya masih ada ruang untuk anak buahnya memperbaik­i segala kelemahan yang dikesan hasil daripada aksi persahabat­an itu.

“Berdepan Qatar, saya tidak menurunkan skuad utama untuk tempoh 65 minit pertama. Apapun saya yakin persembaha­n kami boleh dipertingk­atkan,” kata Hodak kepada Sukan NSTP, semalam.

“Ketika berdepan UAE pula, saya dapat menyenarai­kan barisan pemain terbaik dan kami seri 1-1 sebelum tewas pada aksi kedua.

“Sudah pasti saya tidak risau dengan keputusan perlawanan persahabat­an itu kerana kami sedang mencuba formasi yang terbaik buat pasukan. Jadi keputusan itu tidak memberi kesan besar buat kami.”

Malaysia bakal berdepan tugas getir di kejohanan B-19 AFC apabila diundi bersama Arab Saudi, Tajikistan dan China dalam Kumpulan D.

Anak buah Hodak akan membuka tirai kejohanan menentang Arab Saudi pada 20 Oktober ini sebelum berdepan Tajikistan dan China (23 dan 26 Oktober).

Selain itu, Hodak berkata, perkara positif diperoleh hasil daripada perlawanan menentang Qatar dan UAE itu ia memberi gambaran awal terhadap kekuatan pasukan dasi Timur Tengah sebelum berdepan Arab Saudi.

“Apa yang penting pemain sudah mendapat pendedahan awal untuk berdepan Arab Saudi dan saya percaya kami mampu memberi saingan,” katanya.

 ??  ?? HODAK (kiri) memberi arahan ketika sesi latihan skuad bawah 19 tahun.
HODAK (kiri) memberi arahan ketika sesi latihan skuad bawah 19 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia