Harian Metro

Bimbang Liga M dibanjiri import tak berkualiti

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pembatalan peraturan 18 pendaftara­n pemain asing oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dikhuatiri mencetuska­n ‘kebanjiran’ pemain import tidak berkualiti untuk bersaing dalam kancah bola sepak tempatan.

Kebimbanga­n itu disuarakan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianath­an

selepas melihat kebarangka­lian ramai pemain import bertaraf rendah akan diambil pasukan Liga Malaysia (Liga M) susulan tiadanya piawaian ketat ke

atas

(gambar)

kriteria pemain import yang boleh ditandatan­gani.

Justeru, Sathianath­an menegaskan setiap pengurus dan jurulatih perlu berhati-hati dalam mengambil pemain import baharu musim depan bagi mengelak mengikat pemain import yang ‘sekadar beraksi dengan baik dalam video.’

“Pembatalan peraturan itu ada baik dan buruknya. Apa yang baik ia membuka peluang lebih ramai pemain import untuk beraksi dan lebih banyak pilihan buat pasukan kerana tiada lagi sekatan membabitka­n kelayakan mereka.

“Namun, apa yang menjadi kerisauan adalah mengenai kualiti mereka sama ada berkualiti atau sekadar ditandatan­gani kerana harga mereka yang murah disebabkan beraksi di divisyen bawahan.

“Jika pengurusan membeli pemain berkualiti dengan harga rendah tak mengapalah. Apa yang saya takut jika kualiti pemain import jauh lebih teruk berbanding pemain tempatan sendiri.

“Apapun, semuanya bergantung kepada kebijaksan­aan jurulatih dan pengurusan untuk mengambil pemain import. Mungkin mereka boleh memantau terus pemain itu untuk melihat sama ada berkualiti atau hanya indah khabar daripada rupa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu, MFL memutuskan untuk membatalka­n peraturan 18, pendaftara­n pemain asing, Artikel 18.2(f), manual Liga Malaysia (Liga M) untuk membantu pasukan mengurangk­an beban dengan kos pemain import yang tinggi.

Keputusan lembaga pengarah MFL itu membabitka­n kelayakan negara pemain asing yang boleh didaftarka­n dalam Liga-M yang sebelum ini dilihat menyukarka­n banyak pasukan.

Menerusi pembatalan peraturan itu, pasukan kini boleh mendaftar pemain asing yang berkualiti dari divisyen bawahan supaya tidak dibebani kos tinggi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia