Harian Metro

PFA bakal ‘bersemuka’ dengan 37 pemain, pegawai Rabu ini

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman sukanteam@nstp.com.my

Kangar: Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) akan mengadakan pertemuan dengan 37 pemain dan pegawainya selepas Mesyuarat EXCO PFA, Rabu ini.

Presiden PFA yang baharu, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Shafie berkata, pertemuan itu diadakan bagi membincang­kan masalah gaji mereka yang tertunggak sejak Mac lalu.

“Sebenarnya bukan itu saja (isu gaji tertunggak) yang akan kita bincangkan bersama pemain selepas mesyuarat itu nanti.

“Akan ada perkara lain, bagaimanap­un kita tunggu dulu selepas Mesyuarat EXCO, Rabu ini kerana kemelut yang melanda sedikit sebanyak menjatuhka­n moral pegawai dan pemain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Kongres Luar Biasa (EGM) PFA di sebuah hotel di sini, semalam.

Pada EGM itu, Ahmad Amizal yang juga Presiden Kelab Bola Qhaleefa MIB sebulat suara dilantik menerajui PFA musim depan.

Sementara itu, Mohd Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan yang sebelum ini memangku jawatan presiden dilantik sebagai Timbalan Presiden PFA.

Mengulas lanjut mengenai hutang PFA yang tertunggak lebih RM460,000, Ahmad Amizal berkata, jumlah itu sebenarnya tidak terlalu tinggi seperti yang digemburka­n.

“Statistik terkini mencatatka­n bahawa Perlis antara pasukan yang mempunyai hutang paling sedikit berbanding pasukan lain.

“Cuma isu ini dibangkitk­an kerana PFA sebelum ini pernah digelar sebagai gergasi bola sepak, jadi isu ini secara tidak langsung memberikan gambaran negatif terhadap pasukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia