Harian Metro

Pesan Mat Zan

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

„ Bekas ‘orang besi’ skuad City Boys mahu TFC ‘pekakkan’ telinga ketika beraksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin

Menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) Sabtu ini, bekas ‘orang besi’ skuad Kuala Lumpur, Mat Zan Mat Aris berkongsi tiga tip penting buat pemain Terengganu FC

(TFC).

Mat Zan yang membimbing skuad Penyu yang menjulang

Piala Malaysia buat kali pertama pada 2001 - selepas 80 tahun mencuba - menasihatk­an anak buah Irfan Bakti Abu Salim supaya tidak mempedulik­an sorakan keramat penyokong Harimau Selatan nanti.

Dalam aksi separuh akhir pertama di Kuala Terengganu, TFC menang tipis 1-0 dan bakal berdepan lautan penyokong JDT di Stadium Larkin bagi memburu slot ke pentas akhir.

Satu lagi saingan separuh akhir menyaksika­n Perak membawa bekalan selesa untuk bertandang ke Kota Kinabalu, selepas menang besar 5-0 ke atas Sabah, di Stadium Ipoh.

“Peluang TFC untuk layak ke final tetap ada, cuma sebagai bekas jurulatih (musim 2001 dan 2002) saya nak berpesan supaya pemain lebih berdisipli­n di padang, kerana itu adalah antara kunci utama yang perlu ada dalam diri mereka.

“Keduanya, pemain perlu mengikut segala percaturan dan strategi jurulatih, kerana mereka sudah pasti mengkaji corak permainan lawan terutama bagi aksi penting seperti ini.

“Perkara ketiga ialah, jangan sesekali melakukan sebarang kesilapan, sebaliknya perlu fokus dan tingkatkan komunikasi sesama sendiri kerana padahnya cukup besar buat pasukan,” kata Mat Zan yang memulakan kariernya sebagai jurulatih bersama skuad DBKL pada 1996.

Bekas pemain kebangsaan era 1980-an itu yang pernah membimbing Melaka United, Harimau Muda B, Kuala Lumpur, KL Plus, Pos Malaysia, PJ Rangers dan Telekom Melaka turut mengharapk­an percaturan Irfan Bakti akan menjadi.

“Pemain mesti kuatkan mental dan fizikal serta berani menguasai bola dan tenang. Jurulatih juga perlu bijak merencana strategi dan taktikal ampuh, tetapi saya percaya pengalaman Irfan Bakti adalah ramuan terbaik dan TFC mampu melakukan kejutan,” katanya.

Beliau meramalkan peluang kedua-dua adalah 50-50, namun jika pengalaman dimiliki pemain TFC digunakan sebaik mungkin, selain kebijaksan­aan jurulatih membaca corak permainan lawan, skuad Penyu mampu melangkah ke perlawanan akhir.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia