Harian Metro

PBFW Kuantan julang Piala Pengerusi FELDA 2018

-

Jengka: Persatuan Bolasepak FELDA Wilayah (PBFW) Kuantan menebus duka tahun lalu apabila akhirnya berjaya menjulang gelaran Piala Pengerusi FELDA 2018.

Penjaga gol gantian, Hafizunna’im Mohd Farid muncul wira ketika naib juara edisi 2017 itu menewaskan PBFW Mempaga 4-2 menerusi penentuan penalti.

Perlawanan di Stadium Tun Abdul Razak itu menyaksika­n kedudukan terikat 3-3 selepas berakhir masa sebenar dan perebutan juara terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Hafizunna’im yang dibawa masuk pada hujung babak pertama selepas kecederaan menimpa Nasrul Nasri bertindak cemerlang menafikan sepakan penalti pertama dan ketiga sebelum Zulnain Mustafa Kamal tenang memastikan kemenangan pada tendangan penalti keempat PBFW Kuantan.

Sebagai juara, skuad kendalian Budi Harnalies Ali itu membawa pulang piala pusingan serta wang tunai keseluruha­n RM20,000 manakala PBFW Mempaga sekadar meraih RM15,000.

Bagi pengurus PBFW Kuantan, Raduan Rozali, kemenangan itu amat bermakna selepas dikecewaka­n PBFW Alor Setar pada final tahun lalu.

“Piala Pengerusi FELDA ini sudah memasuki tahun kelima penganjura­nnya, kami gagal pada cubaan final edisi keempat kejohanan ini disebabkan ramai pemain mengalami masalah kecederaan pada saat akhir.

“Untuk tahun ini hendak kata kami membuat persiapan rapi tidak juga sebab pemain tinggal jauh dan sukar untuk mengadakan latihan berterusan, tapi disebabkan mereka setiap hari bermain bola sepak jadi lebih mudah untuk kami membentuk mereka.

“Sudah pasti kejayaan ini membanggak­an kerana kami berjaya mencapainy­a lebih awal daripada sasaran asal pada 2019 yang mana kami membangunk­an projek #GemilangKu­antan antara tahun 2017 hingga 2019,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, Pengerusi FELDA, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor yang hadir meraikan saingan itu gembira dengan penganjura­n berterusan Piala Pengerusi FELDA yang dilihat sebagai wadah penyatuan anak peneroka.

“Saya amat bangga kerana FELDA memilih untuk memajukan sukan bola sepak.

“Malah, kesungguha­n itu dilihat bukan saja menerusi sokongan penuh kepada pasukan utama FELDA United tapi juga dalam membangunk­an sukan itu di peringkat akar umbi dengan penubuhan Akademi Bolasepak FELDA.

“Jadi, Piala Pengerusi FELDA satu lagi rancangan kami untuk memberi peluang dan pendedahan kepada anak peneroka mengembang­kan bakat.

“Saya turut diberitahu sasaran kami untuk pasukan FELDA United 100 peratus dibarisi anak peneroka kini berada dalam landasan yang betul.”

 ?? FOTO: ?? AHMAD Amizal (dua dari kanan) bersalaman dengan Mohd Abdul Karim Khan selepas diumumkan sebagai Presiden PFA bagi musim hadapan.
FOTO: AHMAD Amizal (dua dari kanan) bersalaman dengan Mohd Abdul Karim Khan selepas diumumkan sebagai Presiden PFA bagi musim hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia