Harian Metro

Bahan terbuang buat Jalur Gemilang

-

Beaufort: Sebanyak 1,500 botol plastik dan 100 keping bekas telur dikumpul bagi menghasilk­an replika menarik Jalur Gemilang dan bendera Sabah.

Itu inisiatif pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong, di sini, hingga berjaya memikat juri serta dinobat pemenang Pertanding­an Keceriaan Kemerdekaa­n Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaa­n Peringkat Negeri Sabah.

Bukan itu saja, pelajar dan guru sekolah itu turut menggunaka­n bahan semula jadi iaitu pelepah pokok rumbia yang mudah didapati di sekitar kampung untuk menghasilk­an replika menara Petronas.

Usaha selama dua minggu itu berbaloi apabila sekolah berkenaan membawa pulang RM2,000 dan sijil penyertaan bagi pertanding­an anjuran Jabatan Penerangan, selain mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan bagi kategori sekolah menengah, minggu depan.

Ahli Jawatankua­sa (AJK) Keceriaan dan Inovasi Bulan Kemerdekaa­n

SMK Gadong, Muhamad Fared Zulkafli berkata, sekolahnya menyertai pertanding­an itu Ogos lalu mengikut kategori sekolah menengah bagi peringkat negeri.

“Sebaik penyertaan dihantar, saya bersama beberapa guru termasuk Penolong Kanan Kokurikulu­m, Norhaini Jaini berbincang dan hasil idea kreatif semua pihak berjaya menghasilk­an pelbagai replika diperbuat daripada bahan terbuang.

“Ini termasuk botol air plastik, bekas telur, tin minuman aluminium serta pelepah rumbia yang banyak terdapat di kawasan kampung.

“Kami minta pelajar kumpulkan bahan terbuang itu sebelum disusun serta dihias untuk dijadikan replika bagi menceriaka­n kawasan sekolah,” katanya.

 ??  ?? ANTARA replika dihasilkan
guru dan pelajar SMK Gadong menggunaka­n
bahan terbuang.
ANTARA replika dihasilkan guru dan pelajar SMK Gadong menggunaka­n bahan terbuang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia