Harian Metro

Ditumbuk tak bayar hutang

- Ekhwan Haque Fazlul Haque cnews@nstp.com.my

„ Dua pengutip lagak samseng ditahan

Seorang lelaki ditumbuk di kepala dan muka oleh dua pengutip wang dari sebuah syarikat pemberi pinjaman.

Itu lagak samseng dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 25 tahun yang diberkas polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu jam 3.50 petang kelmarin, selepas menyerah diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superinten­dan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, suspek bekerja dengan sebuah syarikat pinjaman wang di daerah ini.

Menurutnya, mereka kemudian ditugaskan untuk mengutip wang berjumlah RM3,800 daripada seorang lelaki berusia 28 tahun di premis pinjaman wang di Jalan Abang Galau, di sini, jam 9.20 pagi, Jumaat lalu.

Beliau berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu am di sebuah jabatan kerajaan bagaimanap­un gagal melunaskan pinjaman dibuat.

“Perbincang­an kemudian bertukar tegang apabila suspek berterusan memaksa mangsa membuat bayaran.

“Mangsa bagaimanap­un tidak dapat melunaskan bayaran menyebabka­n suspek berang sebelum menumbuk kepala dan muka mangsa,” katanya.

Mustafa berkata, mangsa yang mengalami bengkak dan lebam pada muka serta kepala kemudian bergegas meninggalk­an premis sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bintulu hari yang sama.

Menurutnya, berdasarka­n laporan yang diterima polis meminta suspek untuk hadir memberi keterangan.

“Suspek kemudian ditahan polis untuk siasatan lanjut dan Mahkamah Majistret Bintulu membenarka­n tahanan reman selama tiga hari bermula semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 29B Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 iaitu kesalahan gangguan atau ugutan dan lain-lain kepada peminjam yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.

Kota Kinabalu: Tiada unsur lobi dilakukan DAP Sabah untuk mendapatka­n pingat dan darjah kebesaran negeri yang membawa gelaran ‘Datuk’ selepas beberapa pemimpinny­a tersenarai menerima gelaran itu sempena Hari Jadi Rasmi ke-65 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, baru-baru ini.

Memetik laporan akhbar tempatan, Pengerusin­ya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt, berkata walaupun mengakui parti itu sebelum ini memutuskan tidak menerima anugerah membawa gelaran Datuk, situasi parti itu di Sabah berbeza dengan negeri lain.

Beliau berkata, tindakan DAP Sabah termasuk beliau sendiri menerima Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk daripada Istana Negeri adalah sebagai menghormat­i

 ?? Mustafa Kamal ?? Suspek ditugaskan untuk mengutip wang berjumlah RM3,800 daripada seorang lelaki berusia 28 tahun di premis pinjaman wang di Jalan Abang Galau”
Mustafa Kamal Suspek ditugaskan untuk mengutip wang berjumlah RM3,800 daripada seorang lelaki berusia 28 tahun di premis pinjaman wang di Jalan Abang Galau”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia