Harian Metro

35 sekolah daif siap dinaik taraf

- Rafiqah Dahali cnews@nstp.com.my

„ Projek pembinaan semula sekolah babit kos RM163 juta berjalan lancar

Sebanyak 35 daripada sekolah daif di Sabah yang terbabit dalam projek pembinaan semula dan menaik taraf menerusi Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) Fasa 1 dikendalik­an Kementeria­n Kerja Raya (KKR), hampir siap sepenuhnya.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, 37 sekolah itu membabitka­n tujuh daerah di Sabah iaitu satu di Kinabatang­an, masing-masing empat di Ranau dan Tenom, lima di Papar, enam di Silam, tujuh di Kudat dan 10 di Semporna.

“Projek pembinaan semula dan menaik taraf 37 sekolah ini membabitka­n kos lebih RM163 juta dan dipecahkan kepada 12 pakej serta 12 kontraktor.

“Skop projek keseluruha­n membabitka­n 277 bilik darjah, 37 bilik sains serta 42 blok tandas dan pembinaan 12 pakej ini diselia terus JKR Sabah,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Siap Sekolah Kebangsaan Mandalipau di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah JKR Sabah, Richard Jomiji Kinsil dan Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Dr Mohd Kassim Mohd Ibrahim. Mengulas lanjut, Mohd Anuar berkata, secara keseluruha­n 35 sekolah siap secara fizikal, manakala dua lagi dijangka siap hujung bulan ini iaitu masing-masing di Papar dan Kudat. “Tempoh menyiapkan projek ini ditetapkan selama empat bulan bermula 21 Februari dan siap pada 27 Jun lalu. Bagaimanap­un, berdasarka­n klausa kontrak, beberapa projek diberikan lanjutan masa.

“Untuk projek Fasa 2 belum dimulakan lagi berikutan kami menunggu pembentang­an belanjawan negara terlebih dahulu yang dijangka pada 2 November nanti,” katanya.

Secara keseluruha­n sebanyak 245 sekolah daif di seluruh negara terbabit dalam projek pembinaan semula dan menaik taraf sekolah daif menerusi IBS Fasa 1 di bawah KKR.

 ??  ?? MOHD Anuar (tiga dari kanan) bermesra dengan murid selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Siap Sekolah Kebangsaan Mandalipau, di Papar.
MOHD Anuar (tiga dari kanan) bermesra dengan murid selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Siap Sekolah Kebangsaan Mandalipau, di Papar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia