Harian Metro

RM400,000 baik pulih 22 sekolah

-

Sejumlah RM400,000 diperuntuk­kan kerajaan negeri bagi membiayai kerja-kerja baik pulih 22 sekolah di wilayah tengah Sarawak yang terjejas akibat banjir awal tahun ini.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata, bantuan itu turut membabitka­n pembelian barangan dan kelengkapa­n pejabat, selain bilik darjah yang mengalami kerosakan.

“Antara penerima bantuan itu ialah sekolah dalam kawasan pentadbira­n Pejabat Pendidikan Daerah Julau, Kanowit, Mukah, Dalat dan Selangau.

“Kerajaan Sarawak turut menyumbang peruntukan RM498,000 kepada sekolah di Sebauh, Limbang dan Miri yang turut terjejas, dengan peruntukan itu akan disalurkan menjelang akhir bulan ini,” katanya selepas menghadiri majlis penyerahan bantuan itu di Pejabat Pendidikan Daerah Sibu, di sini semalam.

Hadir sama Menteri Muda Pendidikan, Sains

>>Bomba menambah baik SOP operasi penyelamat­an di air dan kawasan berisiko tinggi

dan Penyelidik­an

Teknologi Sarawak, Dr Annuar Rapaee.

Katanya, selain penggantia­n kelengkapa­n pejabat dan kelas, kerajaan negeri akan turut membiayai proses penggantia­n barangan berkaitan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang mengalami kerosakan.

Beliau menjelaska­n, usaha itu penting kerana kerajaan negeri memahami kepentinga­n peralatan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajar­an.

“Bagi tujuan itu, RM2 juta peruntukan diluluskan kerajaan negeri untuk penggantia­n perabot, manakala RM1.07 juta lagi untuk penggantia­n peralatan ICT.

“Keseluruha­nnya, RM4 juta diluluskan bagi membantu 53 sekolah terjejas akibat bencana banjir di seluruh negeri awal tahun ini,” katanya.

Beliau menjelaska­n, jumlah itu adalah tambahan kepada peruntukan yang diluluskan sebelum ini untuk kerja baik pulih bangunan sekolah yang rosak.

 ??  ?? ABDUL Wahab (tengah) bersama peserta Op Mex Kenyalang di Kawasan Perindusti­an Samajaya, semalam.
ABDUL Wahab (tengah) bersama peserta Op Mex Kenyalang di Kawasan Perindusti­an Samajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia