Harian Metro

Siasat kes 6 lemas

- Ekhwan Haque Fazlul Haque cnews@nstp.com.my

„ JBPM, KPKT tubuh jawatankua­sa bentang laporan dalam sebulan

Dua jawatankua­sa peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ditubuhkan bagi menyiasat insiden lemas yang mengorbank­an enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), awal bulan ini.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JPBM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, jawatankua­sa berkenaan berperanan untuk menyiasat insiden berkenaan selain menambah baik prosedur operasi standard (SOP) PPDA bagi mengelak insiden sama berulang.

Beliau berkata, jawatankua­sa berkenaan juga diberi tempoh sebulan untuk melengkap dan membentang­kan hasil dapatan siasatan.

Katanya, penambahba­ikan SOP akan dilakukan khususnya membabitka­n operasi penyelamat­an di air dan kawasan berisiko tinggi agar insiden meragut nyawa anggota tidak lagi berulang pada masa akan datang.

“Jawatankua­sa peringkat JPBM dianggotai pegawai jabatan berkenaan manakala jawatankua­sa peringkat kementeria­n akan dianggotai agensi dan badan bebas.

“Jawatankua­sa ditubuhkan pada 8 Oktober lalu akan meneliti semua aspek yang membabitka­n insiden berkenaan agar tidak berulang,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Ops Amal Mex Kenyalang ke-20, di Kawasan Perindusti­an Samajaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian 3 Oktober lalu, enam anggota Bomba dan Penyelamat iaitu empat anggota PPDA Pelabuhan Klang, Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim,32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24; manakala Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, anggota PPDA Shah Alam lemas ketika operasi menyelamat remaja berusia 17, Mohd Ilham Fahmi Mohd Azam yang hilang di lombong tinggal di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia