Harian Metro

Bekalan vaksin rabies mencukupi

-

Tidak timbul isu kehabisan bekalan vaksin anti rabies bagi menangani penularan wabak anjing gila di wilayah utara negeri ini berikutan masalah itu sudah diatasi sepenuhnya.

Pengarah Veterinar Sarawak, Dr Andrian

Susin berkata, sejumlah 5,000 vaksin tambahan sudah dihantar dan diterima Jabatan Veterinar Miri bagi membolehka­n anjing yang belum mendapat suntikan itu disuntik serta-merta.

Beliau menjelaska­n, ketika ini sejumlah lebih 4,000 anjing peliharaan sudah diberikan suntikan vaksin itu di wilayah utara Sarawak sebagai langkah kawalan penularan wabak berkenaan yang mula dikesan di Miri.

“Lebih 4,000 anjing sudah diberikan suntikan vaksin dalam tempoh seminggu ini di tiga lokasi untuk program vaksinasi percuma. Ia termasuk 1,000 ekor yang diberikan vaksinasi di Klinik Veterinar Miri minggu lalu,” katanya.

Beliau berkata, sejumlah 397 lesen pemilikan haiwan peliharaan dikeluarka­n untuk anjing dengan jumlah kutipan yuran RM1,940.

Katanya, kesedaran orang awam khususnya pemilik anjing terhadap usaha mencegah wabak rabies semakin meningkat.

“Usaha ini amat baik sekali bagi membantu kita mengawal penularan wabak rabies yang sudah ada dikesan di utara negeri ini, khususnya di Miri,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau mahu supaya pihak berkuasa tempatan (PBT), khususnya Majlis Bandaraya Miri (MBM) menguatkua­sakan peraturan lebih ketat mengawal anjing yang berkeliara­n di bandar raya ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia