Harian Metro

Perkasa latihan menyelamat elak nahas

-

Kuching: Latihan menghadapi bencana dan tragedi perlu dilaksanak­an secara konsisten bagi memastikan semua agensi terbabit bersiap siaga pada bila-bila masa.

Justeru, Op Mex Kenyalang ke-20 yang diadakan semalam terbukti memperliha­tkan tahap persediaan semua agensi yang terbabit dalam bencana bersiap sedia pada tahap maksimum.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Mohd Hamdan Wahid berkata, Ops Mex adalah latihan koordinasi membabitka­n tindakan operasi kebombaan di pelbagai peringkat bermula dari peringkat balai, zon, negeri dan seterusnya peringkat nasional.

Menurutnya, pelbagai senario disimulasi­kan dalam op amal semalam bagi memastikan agensi terbabit menggunaka­n kepakaran masing-masing untuk menyelamat­kan nyawa mangsa.

“Dalam latihan amal ini, pelbagai aspek dinilai dari sudut teknik pemadaman, penyelamat­an, menghadapi bahaya pencemaran bahan kimia, menghadiri bencana runtuhan struktur dan pengurusan bencana itu sendiri.

“Ia juga bertujuan menguji tahap kesiapsiag­aan pelbagai agensi dalam menghadapi bencana dan insiden secara berkesan selain menguji keberkesan­an pengurusan bencana seperti arahan nombor 20 Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan menguji koordinasi penyaluran bantuan pelbagai agensi termasuk agensi sokongan semasa bencana,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JPBM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dalam Majlis Perasmian Penutup Op Mex Kenyalang ke-20 di Kawasan Perindustr­ian Samajaya, di sini, semalam.

Dalam op semalam, seramai 471 peserta daripada pelbagai agensi terbabit menjalanka­n operasi menyelamat enam simulasi bencana antara pesawat terhempas, tumpahan kimia dan kemalangan jalan raya.

Op berkenaan turut disertai pelbagai agensi kerajaan lain seperti polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Malaysia Airport Holdings Berhad, Kementeria­n Kesihatan dan Agensi Pengurusan Bencana Negara.

 ??  ?? MOHD Hamdan
MOHD Hamdan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia