Harian Metro

Khuatir tercampak dalam sungai

-

Petaling Jaya: Kes kemalangan membabitka­n lori kontena, treler, lori dan kereta di Kilometer 14.5, Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) mengorbank­an dua nyawa Jumaat lalu terus menimbulka­n misteri apabila seorang lelaki yang didakwa berada di lokasi ghaib sehingga kini.

Anehnya motosikal milik mangsa, Amir Hamzah Mohd Rozali, 23, ditemui dalam keadaan enjin masih hidup di lokasi kejadian tidak lama kemudian.

Kehilangan­nya memasuki hari ke empat semalam, sekali gus mencetuska­n teori Amir Hamzah turut menjadi mangsa kemalangan tragik berkenaan selain kemungkina­n tercampak ke dalam sungai berhampira­n.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, maklumat penemuan motosikal itu dimaklumka­n kepada abang mangsa yang membuat laporan polis.

Katanya, hasil siasatan dijalankan, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC135 berwarna merah dipercayai berhenti untuk membantu mangsa kemalangan apabila sebuah treler membawa muatan kampit simen terbabas sebelum terbalik merentangi lorong tengah serta lorong kanan lebuh raya dalam kejadian jam 4.40 pagi.

“Amir Hamzah dipercayai hilang sejurus kemalangan kedua berlaku beberapa minit kemudian apabila sebuah lori kontena merempuh sebuah lagi lori yang kemudian menghimpit kereta Honda Civic dinaiki enam mangsa.

“Kejadian itu dilihat dua lelaki yang menemui topi keledar dipakai mangsa dalam keadaan pecah di atas jalan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd Zani berkata, abang mangsa yang menerima maklumat mengenai penemuan motosikal adiknya kelmarin, bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui beg pinggang di bahagian bawah jambatan jam 10.30 pagi.

“Bertindak atas penemuan itu, operasi mencari mangsa yang dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Kayu Ara dilakukan semalam dengan bantuan bomba dan unit anjing pengesan.

“Usaha mencari mangsa juga dilakukan di lokasi sisa kampit simen dibuang namun tidak menemui apa-apa petunjuk yang boleh dikaitkan dengan kehilangan mangsa,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, Ramli Harun berkata, operasi mencari mangsa bermula semalam, sebaik menerima maklumat daripada polis mengenai lelaki itu yang dikhuatiri terjatuh ketika kemalangan berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia