Harian Metro

Mula senarai hitam pesalah trafik DBKL

-

Kuala Lumpur: Pesalah trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang gagal menjelaska­n kompaun sebelum tarikh akhir 30 September lalu mula disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, tindakan itu akan diteruskan seperti yang diputuskan Menteri Wilayah Khalid Abd Samad, sebelum ini.

“Buat masa ini, tindakan itu akan diteruskan. Tawaran diskaun DBKL masih tidak mampu menggalakk­an orang ramai membayar saman.

“Saya akan berbincang dengan beliau (Khalid) untuk mencari cara terbaik menyelesai­kan isu tunggakan kompaun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan Majlis Pelancaran Buku Spesies Tumbuhan Herba dan Rempah-Ratus Taman Botani Perdana di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan hanya RM2 juta bayaran saman tertunggak pesalah trafik DBKL dikutip walaupun diskaun hingga 70 peratus ditawarkan selama sebulan bermula 1 September lalu.

Khalid dipetik sebagai berkata, jumlah itu amat mendukacit­akan berikutan kerajaan menyasarka­n pulangan kutipan keseluruha­n RM100 juta menerusi pemberian diskaun berkenaan.

Menurut rekod DBKL, kira-kira empat juta saman kesalahan trafik dikeluarka­n pihak itu hingga Ogos lalu membabitka­n nilai hampir RM1 bilion.

Sementara itu, buku dilancarka­n semalam menyenarai­kan 106 spesies tumbuhan herba dan rempah-ratus.

Buku hasil kerjasama DBKL dengan Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) itu boleh didapati di pejabat urusan Taman Botani Perdana.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia