Harian Metro

Berjam-jam dalam bilik air

- Shaarani Ismail cnews@nstp.com.my

„ Ibu mangsa bertindak pecah pintu jumpa objek, mangkuk tandas berdarah

Remaja 18 tahun yang ditemui meninggal dunia di dalam tandas rumahnya di Taman Kerian Permai, Parit Buntar selepas melahirkan bayi lelaki kelmarin ada mengadu mengalami sakit perut dan sembelit kepada ibunya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman, berkata berikutan itu mangsa meminta kebenaran untuk menggunaka­n tandas di bilik tidur ibu bapanya jam 8.30 pagi.

Bagaimanap­un, katanya, selepas kira-kira 30 minit ibunya ada memanggil mangsa yang juga anak kelima daripada enam beradik itu kerana mendapati terlalu lama berada di dalam tandas.

Menurutnya, mangsa tetap memberi alasan dia mengalami sembelit.

“Kira-kira jam 10 pagi, ibunya sekali lagi memanggil remaja terbabit dan dia sekali lagi menjawab belum selesai menggunaka­n tandas terbabit.

“Ibu si mati dan anak bongsunya berulang kali bertanyaka­n keadaan remaja terbabit dan menerima jawapan sama daripada mangsa sehinggala­h dia tidak memberikan sebarang reaksi jam 2 petang,” katanya di sini, semalam.

Yahya berkata, berikutan itu, ibu mangsa bertindak memecahkan pintu tandas dan mendapati mangsa tersandar di dinding dalam keadaan tidak sedarkan diri dan pucat lesi berlumuran darah.

Malah, ibu mangsa turut mendapati terdapat objek dan darah di dalam mangkuk tandas.

Yahya berkata, ibu mangsa kemudian cuba mengejutka­nnya namun tiada sebarang tindak balas sebelum menghubung­i talian 999 memaklumka­n kejadian berkenaan.

“Ketika itu, wanita terbabit mengenal pasti objek yang terdapat dalam mangkuk tandas berkenaan adalah bayi yang sudah tidak bergerak.

“Pasukan perubatan yang tiba di lokasi rumah mangsa kira-kira jam 2.45 petang mengesahka­n mangsa dan bayi berkenaan sudah meninggal dunia.

“Jenazah kedua-duanya kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRPB) untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Difahamkan, remaja berkenaan yang belum berkahwin dipercayai mengandung di luar pengetahua­n ahli keluargany­a yang tinggal bersama di rumah berkenaan.

Sementara itu, tinjauan di HRPB mendapati waris mangsa tiba di pekarangan Jabatan Forensik jam 9.15 pagi bagi urusan pengurusan jenazah.

Usaha media untuk mendapatka­n maklum balas dan reaksi keluarga juga tidak berhasil kerana mereka enggan ditemurama­h dan meminta media menghormat­i kesedihan mereka.

 ?? FOTO: L MANIMARAN ?? MAYAT remaja yang meninggal dunia akibat komplikasi ketika melahirkan anak di dalam bilik air dituntut ahli keluarga di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
LAPORAN Harian Metro, semalam.
FOTO: L MANIMARAN MAYAT remaja yang meninggal dunia akibat komplikasi ketika melahirkan anak di dalam bilik air dituntut ahli keluarga di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. LAPORAN Harian Metro, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia