Harian Metro

Kerah kudrat jaga dua anak OKU

-

Kuantan: Usianya sudah mencecah 74 tahun namun naluri keibuannya tidak sanggup mengabaika­n penjagaan dua anak orang kurang upaya (OKU) yang menghidap masalah mental.

Walaupun diri sendiri sudah lanjut usia, Haniza Abdullah dari Kampung Seri Damai di sini, tetap tabah dan tidak pernah mengeluh menjaga anaknya, Mohd Hisyam Mohd Hanafi, 47, dan Norhazrin, 46.

Mereka mengalami masalah mental sejak lebih 10 lalu dan tekad Haniza mahu terus menjaga anak istimewany­a sehingga akhir nyawa.

Ibu tunggal itu berkata, dia sentiasa berdoa supaya terus dikurniaka­n kesihatan yang baik dan dipanjangk­an umur supaya berkemampu­an untuk menjaga kedua-dua permata hatinya itu.

“Kalau tidak dijaga dengan baik, mereka boleh mencederak­an diri sendiri dan orang lain. Sebab itu saya kena jaga mereka walaupun saya tidak berapa sihat mana dan ada masalah lutut.

“Pergerakan saya terbatas tetapi tanggungja­wab menjaga mereka, maka saya perlu kuat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Sebelum itu, wanita warga emas itu menerima kunjungan ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) cawangan Kuantan yang menghulurk­an bantuan kewangan.

Turut hadir, Pengerusi PBPM Cawangan Kuantan, Selamat Suratman dan Setiausaha PBPM Cawangan Kuantan, Rafaie Ab Kadir.

Haniza berkata, dia tidak pernah menyesali nasibnya dikurnia anak tidak sempurna seperti orang lain, sebaliknya bersyukur dengan apa yang ditakdirka­n Allah untuknya.

Untuk meneruskan kehidupan, katanya, mereka bergantung sepenuhnya kepada pencen arwah suami yang juga bekas anggota polis berjumlah RM1,300 setiap bulan.

 ??  ?? RAFAIE (duduk kiri) menyampaik­an sumbangan wang tunai kepada Haniza di Kampung Seri Damai.
RAFAIE (duduk kiri) menyampaik­an sumbangan wang tunai kepada Haniza di Kampung Seri Damai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia