Harian Metro

Tauke restoran diambil tindakan

-

Melaka: Pengusaha restoran asam pedas di Kota Laksamana di sini, yang menjadi tular selepas mengenakan caj RM18 bagi satu jag minuman sirap bakal berdepan tindakan mahkamah.

Ia susulan pemilik restoran itu gagal menyelengg­ara dokumen yang diminta Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri.

Pengarah KPDNHEP negeri Jaiya Abu berkata, tindakan itu diambil selepas pengusaha restoran terbabit gagal mengemukak­an dokumen lengkap walaupun tempoh lanjutan diberikan selama tiga hari.

“Pada awalnya, kita (KPDNHEP) memberi tempoh lima hari kepada pemiliknya mengemukak­an dokumen tunjuk sebab namun ketika diserahkan ia tidak mencukupi dan kita beri lagi tempoh lanjutan tiga hari.

“Namun pemilik restoran itu gagal menyelengg­ara dokumen dan susulan itu KPDNHEP membuka kertas siasatan untuk tindakan selanjutny­a,” katanya di sini, semalam.

Jaiya berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 53A Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang memperuntu­kkan hukuman denda hingga RM50,000 atau kompaun RM25,000 jika sabit kesalahan.

“Apabila kertas siasatan siap sepenuhnya, kita akan kemukakan kepada timbalan pendakwa raya sama ada untuk tindakan kompaun atau mendakwa pemilik restoran berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, pengguna di laman sosial memuat naik resit bayaran dikenakan selepas tidak berpuas hati apabila minuman sirap air yang dipesannya dicaj RM18 untuk satu jag.

Susulan itu, pengusaha restoran berkenaan diberi notis lima hari oleh KPDHNHEP untuk mengemukak­an dokumen tunjuk sebab.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia