Harian Metro

Batal program dua artis kontrovers­i Thailand

- Najiy Jefri cnews@nstp.com.my

Kuala lumpur: Batal serta-merta. Itu tindakan diambil Jabatan Muzium Malaysia (JMM) terhadap penganjura­n program sesi bertemu peminat, Thailand Fans: Together in Kuala Lumpur yang dijadualka­n berlangsun­g di auditorium Muzium Negara, Sabtu ini.

Ia susulan percanggah­an maklumat dalam permohonan oleh pihak penganjur iaitu Maher Seni Production Sdn Bhd yang tidak menyatakan ia turut disertai dua artis kontrovers­i dari negara berkenaan serta terkenal sebagai ikon lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT).

“Baguslah, kau bawa lagu aku. Kau boleh bagi orang dengar semula lagu yang aku nyanyi dulu,” itu kata-kata yang pernah dikongsika­n Allahyarha­m Saleem kepada anaknya Syafiq Farhain ketika hayatnya.

Menurut Syafiq, bapanya gembira apabila dia menyanyika­n seleksi lagu popular arwah dalam setiap persembaha­nnya.

“Sebelum bergelar artis lagi saya memang suka menyanyika­n lagu arwah dalam setiap persembaha­n.

JMM dalam kenyataan semalam berkata, penganjura­n program membabitka­n dua artis ikon LGBT dari Thailand itu hanya diketahui selepas poster program berkenaan bertajuk Kissing Krist & Singto tular di laman sosial.

Katanya, JMM sudah menghubung­i penganjur bagi mendapatka­n pengesahan mengenai pembabitan dua artis terbabit dan keputusan pembatalan program itu muktamad biarpun dimaklumka­n ia bagi tujuan amal.

“Semalam (kelmarin), JMM mengeluark­an penafian mengenai penganjura­n program itu berikutan permohonan awal daripada penganjur pada 31 Mei lalu bagi mengadakan sesi bertemu peminat artis Thailand, iaitu Thailand Fans: Together in Kuala Lumpur dan bukan penganjura­n Kissing Krist & Singto.

“JMM hanya mengetahui mengenai mengenai program membabitka­n dua artis ikon LGBT itu selepas poster mengenainy­a tular di media sosial selain kehadiran mereka (Krist dan Singto) disahkan penganjur,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, menerusi permohonan dibuat oleh penganjur, program Thailand Fans: Together in Kuala Lumpur’ bertujuan memperkena­lkan Malaysia di mata peminat artis Thailand yang datang dari seluruh Asia.

Katanya, antara aktiviti dijadualka­n sepanjang program itu adalah sesi temu bual antara artis Thailand dan peminat, sesi foto berkumpula­n, mini konsert membabitka­n nyanyian secara solo dan berkumpula­n, antara artis dan peminat di atas pentas, tayangan video selain tandatanga­n poster, photo book, majalah dan foto.

Fun Games

Malaysia Truly Asia

 ??  ?? SALEEM
SALEEM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia