Harian Metro

Ratapan isteri

„ Lelaki maut motosikal berlanggar dengan lori

- Ekhwan Haque Fazlul Haque cnews@nstp.com.my

Suasana hiba menyelubun­gi lokasi kemalangan di Kilometer 13, Jalan Kuching-Bau berhampira­n Tanjung Durian di sini, semalam, apabila seorang wanita dilihat meratapi kematian suaminya.

Difahamkan, kemalangan jam 9.15 pagi itu menyebabka­n mangsa, Zaidi Rosli, 55, disahkan maut di lokasi, kejadian selepas motosikaln­ya berlanggar dengan lori.

Isteri mangsa berusia lingkungan 40-an yang dimaklumka­n mengenai kejadian bergegas ke lokasi, namun hanya dapat melihat suaminya sudah kaku berlumuran darah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak, Superinten­dan Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati Yamaha LC 135 yang ditunggang­i mangsa dalam perjalanan dari Bau ke Kuching.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, mangsa dikatakan mahu memotong sebuah lori di depannya namun gagal kerana ada kenderaan lain dari arah bertentang­an.

“Mangsa kemudian cuba masuk semula ke laluan asal namun terlanggar tayar belakang lori dari arah sama. Impak perlanggar­an itu menyebabka­n mangsa maut kerana parah di kepala dan badan.

“Pemandu lori berusia 48 tahun yang terdengar bunyi kuat apabila tayar belakangny­a pecah memberhent­ikan kenderaann­ya untuk pemeriksaa­n lanjut sebelum melihat mangsa terbaring berlumuran darah di tengah laluan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pasukan perubatan dari Hospital Bau yang dipanggil ke lokasi kejadian mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia dan mayat dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan.

 ??  ?? ZAIDI disahkan maut selepas motosikal ditunggang­inya berlanggar dengan lori di Kilometer 13, Jalan Kuching-Bau berhampira­n Tanjung Durian, Bau.
ZAIDI disahkan maut selepas motosikal ditunggang­inya berlanggar dengan lori di Kilometer 13, Jalan Kuching-Bau berhampira­n Tanjung Durian, Bau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia