Harian Metro

PINDAH MUSIM HUJAN

- Cnews@nstp.com.my

Hulu Terengganu

Cuaca yang tidak menentu di negeri ini tidak menjadi penghalang kepada kaki pancing melepaskan gian mereka menjinakka­n pelbagai jenis ikan di Tasik Kenyir.

Kesungguha­n 13 kaki pancing menyewa rumah bot dengan bayaran

RM1,600 semalaman tenyata berbaloi apabila berjaya menaikkan sebanyak 25 kilogram ikan pelbagai jenis termasuk toman dan belida.

Wan Mohd Firdaus Wan Abas, 42, dari Kampung Chalok Barat berkata, memancing ikan air tawar di Tasik Kenyir sudah menjadi aktiviti wajibnya setiap tahun.

“Ramai yang mengatakan jumlah ikan di Tasik Kenyir sudah berkuranga­n dan sukar dijinakkan.

“Ternyata, dakwaan itu sangat meleset kerana kami hanya mengambil masa kurang setengah jam untuk menaikan ikan belida dan toman.

“Paling besar kami berjaya menjinakka­n ikan belida seberat 3.5 kilogram (kg) selain toman seberat satu kilogram” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Firdaus berkata, dia bersama 12 rakannya hanya menggunaka­n umpan cacing dan buah kelapa sawit yang dicampur tepung.

“Pengalaman dan penghayata­n ketika menjinakka­n ikan di Tasik Kenyir sudah sebati dengan jiwa saya, justeru tidak sah jika tidak memancing di lokasi ini.

“Berpanduka­n engalaman lalu, kami sudah arif dengan selok-belok tasik ini justeru, sedia maklum dengan lubuk ikan tertentu di tasik berkenaan,” katanya.

Kelazimann­ya, aktiviti memancing di Tasik Kenyir itu bermula Oktober hingga Januari

„ Kaki pancing kaut hasil lumayan di Tasik Kenyir dengan sewa rumah bot semalaman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia