Harian Metro

Kelantan hujan lebat dua bulan

- Ahmad Rabiul Zulkifli

kerana banyak ikan yang berada di lubuk berpindah dari satu tempat ke tempat lain pada musim banjir.

“Pada musim tengkujuh kaki pancing tidak dapat ke laut jadi Tasik Kenyir menjadi medan melepaskan gian.

“Seronok memancing di atas rumah bot itu kerana hasil tangkapan segar itu boleh dimasak segera dan dinikmati beramai-ramai,” katanya.

Rakannya, Abdul Razak Abdullah, 46, dari Kampung Langkap berkata, aktiviti memancing ikan di Tasik Kenyir itu seronok sekiranya memancing di kawasan lubuk.

“Tasik itu terlalu luas dan tidak semua tempat dihuni ikan. Jadi, kaki pancing yang kali pertama ingin merasai pengalaman memancing di situ perlu mendapatka­n bantuan penduduk tempatan yang arif mengenai lubuk ikan.

“Jika memancing kena pada lubuknya, bukan saja toman, belida, ubi atau baung, malah ikan kelah pun boleh dijinakkan,” katanya.

Menurutnya, dia bersama kumpulanny­a berpuas hati memancing di tasik itu biarpun hanya dalam tempoh singkat kerana berjaya memperoleh banyak ikan. Kota Bharu: Kelantan dijangka menerima sebanyak 45 peratus daripada 2,700 milimeter (mm) purata taburan hujan tahunan untuk tiga bulan terakhir tahun ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembanguna­n) Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharude­an Tengku Feissal berkata, mengikut data Jabatan Meteorolog­i (Meteorolog­i) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dijangkaka­n taburan hujan lebat akan berlaku pada November dan Disember ini.

Beliau berkata, berikutan itu, sebanyak 607 pusat pemindahan sementara (PPS) yang mampu menempatka­n 198,000 mangsa banjir akan dibuka di seluruh Kelantan terutama Kota Bharu, Kuala Krai dan Pasir Mas sebagai persediaan jika bencana itu berlaku.

“Dari segi aset, sebanyak 207 bot disediakan selain seramai 4,471 anggota keselamata­n daripada pelbagai agensi seperti bomba, polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah bersiap sedia untuk menghadapi banjir.

“Walaupun mengikut data Meteorolog­i dan JPS, baki jumlah purata taburan hujan tahunan ini agak membimbang­kan namun mereka yakin banjir tidak akan seteruk seperti bencana banjir besar pada 2014, sebaliknya mungkin sama seperti tahun lalu.

“Mengikut ramalan, hujan lebat pada November akan berlaku di kawasan pantai manakala Disember pula berlaku di kawasan pedalaman seperti Kuala Krai serta Machang.

“Bagaimanap­un, pihak keselamata­n sudah melakukan persiapan secukupnya sepanjang musim tengkujuh yang bermula November ini hingga Mac tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana negeri, di Kompleks Kota Darul Naim, semalam.

Katanya, selain persiapan dari segi fizikal, pihaknya turut memohon supaya setiap masjid di negeri ini melakukan solat hajat dan berdoa supaya tidak berlaku musibah banjir.

 ??  ?? WAN Mohd Firdaus menunjukka­n ikan yang berjaya dipancing di Tasik Kenyir. PELBAGAI jenis ikan termasuk toman dan belida yang dipancing di Tasik Kenyir.
WAN Mohd Firdaus menunjukka­n ikan yang berjaya dipancing di Tasik Kenyir. PELBAGAI jenis ikan termasuk toman dan belida yang dipancing di Tasik Kenyir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia