Harian Metro

Kembar terima ijazah serentak

-

Putrajaya: Dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah, pasangan kembar ini tidak pernah berpisah kelas, malah sering bersama, sekali gus diibaratka­n seperti belangkas.

Apabila berhasrat meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda, Amalina Hidayah Mat Nuddin, 24, dan adik kembarnya, Amalina Hidayati, 24, memutuskan mahu belajar di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), masing-masing dalam jurusan industri logistik.

Semalam, anak kepada pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan suri rumah itu tersenyum puas apabila dapat berkongsi pentas sama bagi menerima ijazah sarjana muda disampaika­n oleh Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun pada Majlis Konvokesye­n UniKL ke-15 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC).

Amalina Hidayah berkata, hubungan mereka sangat rapat, malah bukan saja rakan, guru dan pensyarah, ibu bapa mereka juga pernah terkeliru kerana tidak dapat membezakan kedua-duanya sewaktu kecil.

“Kami dilahirkan berbeza dua minit dan sepanjang di sekolah hinggalah masuk ke universiti, kami rapat dan sentiasa bersama selain berada dalam kelas yang sama.

“Boleh dikatakan 97 peratus daripada tugasan pensyarah di universiti, kami berada dalam kumpulan sama. Kelebihan belajar di satu universiti ialah sebarang masalah dihadapi kami akan berkongsi bersama,” katanya.

Dalam pada itu, Amalina Hidayati berkata, mereka juga sentiasa bersama dalam sebarang aktiviti universiti namun selepas tamat pengajian, mereka berdua terpisah tempat kerja.

“Bagaimanap­un, kami tetap bersama bekerja di Johor iaitu saya di Permas Jaya manakala Amalina Hidayah di Tanjung Langsat dan kami tetap tinggal bersama,” katanya.

Selain pasangan kembar terbabit, penerima Anugerah Presiden, Muhammad Aqil Mohammad Hanafi, 24, dalam jurusan teknologi kejurutera­an Mekatronik mempunyai abang dan adik yang menerima ijazah sarjana muda dan diploma pada majlis konvokesye­n berkenaan.

Muhammad Aqil berkata, abangnya, Muhammad Asyraf, 26, menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejurutera­an (Kepujian) Seni Bina dan Pembinaan Kapal pada sesi Sabtu lalu manakala adiknya, Muhammad Aiman, 21, menerima Diploma Teknologi Maklumat pada sesi semalam.

Seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Keusahawan­an (Perdaganga­n), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tetap gembira dan bersyukur walaupun hanya bapanya seorang yang hadir pada majlis konvokesye­nnya, semalam.

Muhammad Hasbullah Hassan, 24, berkata, ibunya, Fatimah Mohd Noor meninggal dunia lebih 10 tahun lalu kerana serangan jantung, sekali

 ??  ?? AMALINA Hidayah (kanan) bersama Amalina Hidayati pada Majlis Konvokesye­n UniKL ke-15 di PICC.
AMALINA Hidayah (kanan) bersama Amalina Hidayati pada Majlis Konvokesye­n UniKL ke-15 di PICC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia