Harian Metro

Pesan ibu tersemat di hati

- Hazira Ahmad Zaidi cnews@nstp.com.my

„ Graduan kehilangan emak di bangku sekolah bersyukur bapa hadir rai majlis konvokesye­n

gus menjadikan dia anak yatim ketika di bangku sekolah.

Katanya, meskipun sayu, dia gembira bapanya, Hassan Abd Rahman, 70-an, ada untuk meraikan kejayaanny­a pada hari bersejarah itu.

“Pesanan arwah ibu yang paling berharga adalah ‘jangan sombong dengan sesiapa apabila sudah berjaya nanti’ dan sejak dari kecil, arwah juga seorang yang sangat mementingk­an pelajaran kepada anak.

“Tujuh adik-beradik saya yang lain sudah berjaya dan ramai bergelar pendidik manakala adik bongsu pula menuntut di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi).

“Jika arwah ibu ada, pasti dia insan paling gembira melihat kejayaan kami selepas bersusah payah membesar dan memberikan didikan,” katanya ditemui selepas Istiadat Konvokesye­n UMK kali ke-8 di Dewan Keusahawan­an UMK Kampus Kota di sini, semalam.

Sementara itu, seorang lagi graduan yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Keusahawan­an (Perdaganga­n), Natasha Yusoff, 24, berkata, hasil usaha kerasnya selama empat tahun, dia akhirnya berjaya merangkul Anugerah Naib Canselor (ANC) dengan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.60.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, dia kini sedang menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Keusahawan­an dan Inovasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Ibu dan ayah banyak memberi sokongan kerana mengetahui keinginan saya untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu doktor falsafah (PhD),” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Hasbullah (kanan), Natasha Yusoff, 24, dan Muhammad Sufi Azam Azhari, 23, gembira menunjukka­n sijil masing-masing ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesye­n UMK kali ke-8 di Dewan Keusahawan­an, UMK, Kampus Kota, Pengkalan Chepa, semalam.
MUHAMMAD Hasbullah (kanan), Natasha Yusoff, 24, dan Muhammad Sufi Azam Azhari, 23, gembira menunjukka­n sijil masing-masing ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesye­n UMK kali ke-8 di Dewan Keusahawan­an, UMK, Kampus Kota, Pengkalan Chepa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia