Harian Metro

Belajar menjahit guna bahasa isyarat

-

Kota Bharu: Cacat pendengara­n tidak menghalang seorang graduan memperoleh keputusan cemerlang pada Majlis Graduasi Pusat Pembanguna­n Wanita Kelantan (PPWK) Kali ke-13 di sini, semalam.

Nini Suriani Mazlan, 23, adalah satu-satunya orang kurang upaya (OKU) daripada 345 graduan yang memperoleh sijil kursus jahitan.

Nini Suriani dari PPWK Chempaka, Pengkalan Chepa, memperoleh keputusan kepujian B dalam kursus jahitan.

Biarpun belajar dengan bahasa isyarat, dia yang mengalami masalah pendengara­n sejak berusia enam bulan akibat diserang demam panas masih mampu bersaing dengan pelajar lain.

Nini Suriani berkata, dia mula meminati bidang jahitan selepas didorong ibunya Wan Kamariah Wan Isa, 52, yang juga seorang tukang jahit.

Katanya, selepas tamat sekolah dia melanjutka­n pelajaran di Politeknik Ibrahim Sultan, Johor dengan Sijil Kemahiran Rekaan Fesyen dan Pakaian selama dua tahun.

“Bagi memantapka­n lagi ilmu sedia ada saya sertai PPWK Chempaka pada September tahun lalu.

“Alhamdulil­lah sepanjang

berada di PPWK, saya dapat mendalami ilmu jahitan, sekali gus memperoleh keputusan yang baik.

“Saya berterima kasih kepada guru dan rakan pelajar lain yang tidak pernah jemu membantu,” katanya menggunaka­n bahasa isyarat ketika ditemui di sini, semalam.

Majlis penyampaia­n sijil disempurna­kan isteri Menteri Besar Datin Siti Zabidah Abd Hamid.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Kebajikan, Pembanguna­n Keluarga dan Wanita negeri Mumtaz Md Nawi.

Anak keenam daripada sembilan beradik itu berkata, dia merancang membuka kedai jahit untuk membantu keluarga.

“Biarpun serba kekurangan, saya tidak melihat perkara ini sebagai halangan,” katanya.

 ??  ?? AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood menyampaik­an sijil kepada Nini Suriani.
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood menyampaik­an sijil kepada Nini Suriani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia