Harian Metro

‘Angkut mereka ke mahkamah’

- Suraya Roslan dan Mahaizura Abd Malik cnews@nstp.com.my

“Selagi tidak angkut orang itu (penerbit) ke muka pengadilan, orang nampak perkara ini seperti main-main dan penyelesai­annya dakwa mereka di mahkamah sebagai pengajaran,” kata Presiden Persatuan Pekerja Filem Profesiona­l Malaysia, Khir Mohd Noor.

Katanya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sepatutnya mengeluark­an senarai penerima dana filem ghaib untuk tontonan umum supaya perkara ini tidak berulang di masa depan.

“Bukan sekadar senarai hitam, tetapi orang begini harus dibawa ke muka pengadilan.

“FINAS hantar surat dulu kepada mereka minta penjelasan, jika tiada penjelasan kukuh, angkut mereka ini ke mahkamah. Sampai bila FINAS nak kena lagi, ini sebagai pengajaran,” katanya.

Menurutnya, isu filem ghaib tidak boleh didiamkan kerana membabitka­n duit rakyat dan perlu jalan penyelesai­an.

“Setiap kali ada masalah dalam FINAS, tukar pegawai dan KP (Ketua Pengarah), itu saja ke yang boleh dibuat?

“Isu filem ghaib ini sejak dulu lagi, sepatutnya FINAS kena pantau dan datang ke lokasi penggambar­an untuk tengok betul ke ada filem itu selain kena periksa latar belakang penerbit yang mohon,” katanya.

Menurutnya, memang berlaku ada seorang penerbit yang buka tiga syarikat dan ketiga-tiga permohonan­nya dapat dana.

“Melalui perjumpaan de- ngan FINAS sebelum ini, cara yang dibuat KP FINAS (Datuk Fauzi Ayob) adalah betul iaitu bayaran hanya diberi selepas filem siap 40 peratus.

“Ini bagus kerana tiada isu mengenai penyelewen­gan dana. Apabila lulus dana itu mereka kena siapkan penggambar­an dan tunjuk hasil kepada FINAS sebelum duit dana diserahkan kepada mereka.

“Apabila berlaku perkara ini, baru kita boleh tengok penerbit yang tulen dan tiada isu dapat duit, tetapi filem tidak siap,” katanya.

Khir berkata, dia berharap antara penambahba­ikan dibuat ialah FINAS perlu mempunyai individu yang faham mengenai industri seni.

“Ada sesetengah yang langsung tidak pernah buat filem dan drama pun ada, macam mana proses penggambar­an dijalankan pun tidak tahu,” katanya.

Ditanya adakah FINAS agensi sasaran yang mudah disonglap duit, Khir berkata, sebelum ini perkara itu memang berlaku.

“Kami tahu apa berlaku pada FINAS terutama apabila membabitka­n wahyu daripada pihak tertentu,” katanya.

Harian Metro menerusi laporan eksklusif bersiri sejak 15 September lalu mendedahka­n ketirisan dana FINAS berjumlah RM16 juta sejak 2013 hingga 2015.

Dana penerbitan itu diberikan kepada syarikat produksi untuk menerbitka­n tujuh filem dan satu animasi itu gagal disiapkan.

Lebih mengejutka­n hasil siasatan mendapati dua individu memonopoli

tujuh produksi yang menerima dana itu, tetapi menggunaka­n nama syarikat berbeza.

Pendedahan ini mendapat maklum balas positif apabila pelbagai pihak dalam industri yang meminta FINAS mengkaji semula dan memperbaik­i penyaluran dana supaya dapat dimanfaatk­an kepada semua penggiat filem secara sama rata.

Isu filem ghaib ini sejak dulu

lagi

Khir Mohd Noor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia