Harian Metro

LUMAYAN DI BANDAR

-

„ Pendapatan isi rumah di kota 1.7 kali lebih tinggi berbanding luar bandar

adalah lebih rendah daripada median kebangsaan iaitu RM5,228.

Isi rumah dalam bandar pula memperoleh pendapatan lebih 1.7 kali lebih tinggi Timur Laut di Pulau Pinang (RM5,964) dan Johor Bahru (RM6,518).

“Isi rumah yang tinggal di sekitar atau berhampira­n Kuala Lumpur mempunyai purata pendapatan isi rumah sebanyak RM10,427, hampir dua kali lebih tinggi daripada pendapatan isi rumah di daerah lain di Malaysia,” katanya.

Laporan itu juga menyebut bahawa perbezaan pendapatan isi rumah itu adalah berpunca daripada tiga faktor iaitu demografi, perbandara­n dan pendidikan dan kemahiran.

“Satu dari punca kenapa tempat seperti Kuala Lumpur mempunyai pendapatan isi rumah lebih tinggi berbanding negeri lain adalah kerana kurangnya jumlah pesara atau kanak-kanak kecil berbanding orang dewasa dalam usia pekerjaan di negeri,” katanya.

Menurutnya, pendapatan isi rumah di bandar lazimnya lebih tinggi kerana kawasan bandar adalah lebih produktif dari segi ekonomi berbanding kawasan luar bandar dan mereka yang memiliki kemahiran tinggi dan berpendidi­kan tinggi juga sering dikaitkan dengan berpendapa­tan isi rumah lebih tinggi.

“Ketua isi rumah yang memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda memperoleh pendapatan isi rumah 3.6 kali lebih tinggi daripada mereka yang tidak mempunyai apa-apa sijil.

“Ini adalah lebih 2.1 kali lebih tinggi daripada perbezaan antara pendapatan isi rumah bandar dan luar bandar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia