Harian Metro

Perniagaan baru di Malaysia tak inovatif

-

Kuala Lumpur: Perniagaan baru di Malaysia disifatkan sebagai tidak inovatif, menurut Institut Penyelidik­an Khazanah dalam laporan Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza’ yang dilancarka­n, semalam.

Menurut laporan bagi 2011 hingga 2017 itu, hanya 16 peratus perniagaan baru memperkena­l produk baru, atau separuh daripada yang dilaporkan oleh negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.

“Perniagaan baru dalam negara tidak inovatif. Ini perlu diberikan perhatian oleh rakyat Malaysia selain meneroka peluang baru berdasarka­n perniagaan yang mampu memacu inovasi.

“Keusahawan­an yang dimanfaatk­an sebaik-baiknya, boleh memainkan peranan penting dalam mentransfo­rmasi negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahua­n yang lebih maju.

“Walaupun negara sukar untuk menjangka sepenuhnya arah perubahan, Malaysia boleh memudahkan dan menyokong aktiviti keusahawan­an melalui beberapa langkah termasuk kewangan, mengurangk­an kos dan kegagalan yang menjadi stigma dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Laporan itu turut menyatakan karenah birokrasi dan kos memulakan perniagaan telah berkuranga­n selama ini daripada 13 hari pada 2010 kepada 5.5 hari pada

2016.

“Walaupun Malaysia setanding dengan negara jiran seperti Thailand dan Vietnam, Malaysia masih jauh ketinggala­n daripada negara maju dan membangun,” katanya.

Bagi dana penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), ia masih ketinggala­n berbanding negara berpendapa­tan tinggi seperti Jepun dan Korea Selatan atau purata Pertubuhan Bagi Kerjasama dan Pembanguna­n Ekonomi.

Menurut laporan itu, inovasi memainkan peranan utama dalam pertumbuha­n ekonomi pada masa akan datang dan R&D menjadi petunjuk utama dalam mencipta pengetahua­n dan aktiviti inovatif pelaburan.

“Penjanaan bagi R&D adalah elemen penting dalam inovasi iaitu 1.1 peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada 2015. R&D juga adalah suatu kebiasaan bagi kebanyakan syarikat besar, terutama pengekspor­t dan pengeluar produk kimia,” katanya. Rakyat Malaysia berbelanja lebih dalam perbelanja­an rumah tangga pada 2016, dengan mereka yang berpendapa­tan kurang RM2,000 mempunyai lebihan pendapatan hanya RM76.

Menurut laporan Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI), rakyat Malaysia tanpa mengira tahap pendapatan didapati berbelanja lebih dalam perbelanja­an isi rumah pada 2016, sekali gus mengurangk­an pendapatan boleh guna mereka.

KRI dalalam laporannya mengenai Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza melaporkan bahawa purata perbelanja­an isi rumah pada 2016 adalah RM4,033, meningkat daripada RM1,161 pada 1993.

Dalam sorotannya terhadap isu berkenaan, laporan itu menyatakan bahawa pada 2016, isi rumah yang berpendapa­tan di bawah RM2,000

Kuala Lumpur membelanja­kan 94.8 peratus dari pendapatan mereka untuk barangan pengguna, meningkat dari 91.9 peratus pendapatan mereka pada 2014.

Manakala, isi rumah yang berpendapa­tan atas RM15,000 sebulan hanya membelanja­kan 45 peratus dari pendapatan mereka pada 2016, peningkata­n dari 41 peratus daripada pendapatan mereka yang dibelanjak­an pada 2014.

“Median pendapatan isi rumah pada 2016 ialah RM5,288, manakala 67 peratus daripadany­a dibelanjak­an bagi perbelanja­an isi rumah, meningkat dari 65.1 peratus pada 2014,” kata laporan itu.

Laporan itu dilancarka­n oleh Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

 ??  ?? Shahrizal berucap ketika perasmian “Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza” di Mercu UEM, KL Sentral.
Shahrizal berucap ketika perasmian “Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza” di Mercu UEM, KL Sentral.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia