Harian Metro

Resah hujan tak henti-henti

- Nor Azizah Mokhtar cnews@nstp.com.my

Warga kota mula resah apabila hujan lebat berlarutan sejak beberapa hari lalu mengundang banjir kilat di beberapa lokasi kediaman dan laluan utama di pusat bandar.

Antara laluan yang terjejas adalah di Persiaran Ampang Hilir, Jalan Raja Chulan dan Bulatan Pahang di Jalan Tun Razak di sini, susulan hujan tanpa henti sejak jam 2.30 petang semalam.

Takungan air akibat banjir kilat di lokasi terbabit pada mulanya mengakibat­kan kesesakan lalu lintas, namun keadaan itu beransur pulih sebaik hujan lebat berhenti jam 5 petang.

Selain itu, empat kawasan penempatan iaitu Kampung Periuk, Kampung Baru; Taman Eastern, Jalan Ipoh; Lorong Kiri 15 Jalan Datuk Keramat dan Kampung Chubadak Tambahan, Sentul di sini, dilaporkan terjejas akibat banjir kilat.

Pengarah Jabatan Penguatkua­saan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Azman Mahmood berkata, pihaknya menerusi Skuad Penyelamat DBKL kini melakukan pemantauan di lokasi yang terjejas terutama kawasan penempatan yang dilanda banjir kilat.

“Buat masa ini kami menerima tujuh laporan kejadian banjir kilat di sekitar ibu negara dan kita melakukan pemantauan dengan bantuan beberapa agensi lain.

“Ada kawasan yang dinaiki air hampir setengah meter, namun buat masa ini keadaan masih terkawal dan tiada sebarang pemindahan penduduk dilakukan. Keadaan kini beransur pulih,” katanya ketika dihubungi wartawan.

Sementara itu, pihak DBKL tidak menerima laporan banjir kilat melimpah masuk ke dalam Masjid Jamek seperti yang tular di media sosial dan buat masa ini, paras air Sungai Gombak yang terletak berhampira­n kawasan berkenaan masih terkawal.

Sementara itu, pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Wilayah Persekutua­n turut diletakkan dalam keadaan bersedia terhadap sebarang kejadian banjir di ibu kota.

Pegawai Operasi APM, Leftenan (PA) Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, tinjauan dilakukan pihaknya mendapati keadaan banjir

„ Beberapa kawasan sekitar ibu kota banjir kilat

kilat kembali surut petang semalam dan orang ramai diminta menghubung­i talian kecemasan 999 jika memerlukan bantuan.

 ??  ?? KEADAAN banjir kilat di Kampung Periuk, Kampung Baru. SEBAHAGIAN kawasan Kampung Chubadak Tambahan, Sentul dilanda banjir kilat susulan hujan lebat, semalam.
KEADAAN banjir kilat di Kampung Periuk, Kampung Baru. SEBAHAGIAN kawasan Kampung Chubadak Tambahan, Sentul dilanda banjir kilat susulan hujan lebat, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia