Harian Metro

Renangan ikan di longkang sekolah

-

Miri: Siapa sangka longkang sekolah tempat saliran air hujan, kini menjadi kolam ikan yang tidak ubah seperti

di bandar Shimabara, Jepun.

Meskipun ada pandangan negatif terhadap inisiatif itu, warga Sekolah Menengah Agama (SMA) Miri membuktika­n projek alam sekitar berkenaan berjaya apabila 20 ikan koi Jepun dipelihara di kolam itu dan kini ia dikenali sebagai Laluan Terapi Bali.

Pengetuany­a, Ahmad Fauzi Yaakub berkata, inisiatif berkonsepk­an sekolah dalam taman itu bermula 31 Ogos lalu dan siap sepenuhnya dalam tempoh kurang seminggu dengan modal kurang RM1,000.

Katanya, tidak dinafikan ada yang mempersoal­kan inisiatif itu kerana dilihat mustahil berikutan masalah saliran air.

Namun beliau menganggap­nya sebagai cabaran yang perlu direalisas­ikan hasil kerjasama pelajar, guru dan warga sekolah, selain ibu bapa.

“Alhamdulil­lah, hasil idea guru sekolah yang berpengala­man, impian itu dapat direalisas­ikan tanpa menjejaska­n ‘kediaman’ ikan sepanjang 15 meter itu.

“Air di longkang itu bersih dan sesuai untuk ikan kerana ada saluran paip lain yang membolehka­n air longkang merentasi kolam berkenaan,” katanya ketika ditemui.

Ahmad Fauzi berkata, air di longkang itu juga tidak melimpah kerana ada lubang khas bagi mengalirka­n air apabila sudah mencapai paras yang ditetapkan sekiranya hujan.

“Bagaimanap­un, sekiranya banjir, terdapat jaring di sekeliling longkang bagi mengelak ikan terlepas. Projek ini dibuat dengan teliti untuk memastikan ia bukan sekadar separuh jalan,” katanya.

Beliau berkata, semua warga sekolah memainkan peranan masing-masing dengan baik demi memastikan kolam itu dalam keadaan baik dan terjaga.

“Ini kelainan yang mahu ditampilka­n kerana suasana sekolah yang menenangka­n mampu mewujudkan persekitar­an lebih kondusif kepada pelajar untuk menuntut ilmu, selain dapat dijadikan terapi semula jadi,” katanya.

Selain laluan terapi itu, SMA Miri turut mempunyai Taman Madu Kelulut menempatka­n 17 sarang lebah kelulut yang dijaga pelajar sekolah itu sejak tiga tahun lalu.

Dalam pada itu, SMA Miri turut menerima pelbagai anugerah. Terbaru, Anugerah Maal Hijrah Sekolah Terbaik negeri Sarawak, malah pernah menerima Anugerah Tandas Bersih pada 2016.

 ??  ?? PELAJAR sibuk menyiapkan projek kolam ikan koi di SMA Miri.
PELAJAR sibuk menyiapkan projek kolam ikan koi di SMA Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia