Harian Metro

Jasa syuhada hero kita

-

„ Tinggi sifat amanah mereka walaupun tergadai nyawa demi tugas

Islam memandang mulia pekerjaan yang halal di sisi agama. Apatah pekerjaan itu memerlukan seseorang mencurahka­n khidmat baktinya demi kemaslahat­an masyarakat awam.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) begitu rapat di hati masyarakat atas sumbangan mereka melaksanak­an pelbagai tugasan.

Tugas mereka bukan hanya memadamkan kebakaran, namun lebih daripada itu termasuk membantu mangsa dalam kejadian bencana alam antaranya banjir, tanah runtuh serta penugasan menyelamat­kan mangsa di air.

Baru-baru ini, kita dikejutkan tatkala mendapat khabar sedih enam anggotanya terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat seorang remaja di sebuah lombong di

Taman Putra Perdana, Puchong.

Mereka menyahut seruan khidmat dan menggalas amanah perkhidmat­an kebombaan dengan ikhlas tanpa menghitung kepentinga­n diri.

Akhirnya, mereka ditakdirka­n menemui ajal ketika memikul amanah negara. Kejadian seperti itu membuktika­n kerjaya selaku anggota bomba begitu penting, tinggi lagi mulia.

Soal risiko sama ada kecil atau besar tidak pernah bermain di kepala. Yang penting, mereka perlu menjayakan segala misi penyelamat­an yang diamanahka­n.

Tidakkah itu landasan kukuh untuk kita menggelark­an mereka bukan setakat ‘hero’ negara, malah enam anggota bomba itu adalah syuhada di bumi Malaysia.

Mereka mati syahid bersesuaia­n dengan ketetapan digariskan Rasulullah menerusi sebuah hadis dinyatakan Abu Hurairah.

Baginda bersabda yang bermaksud: “Orang yang mati syahid ada lima, mati kerana taun, (wabak), menderita sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah.” (Hadis diriwayatk­an oleh Imam Bukhari dan Muslim)

Ketika mengulas peristiwa sedih itu, Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menyatakan, berita kematian enam anggota JBPM itu sangat menginsafk­an dan memberi makna mendalam mengenai pengorbana­n dalam tugasan.

Beliau berkata, enam anggota itu lebih mulia kerana mereka bukan sahaja lemas, tetapi menolong dan membantu mangsa sehingga diri terkorban.

Menurutnya, mereka adalah insan terpilih dan mempunyai hati suci serta amat memahami tanggungja­wab dan tugas yang diamanahka­n, terutama dalam situasi kecemasan.

Semoga Allah menempatka­n mereka bersama nabi, al-siddiqin dan syuhada. Kita sedia memahami detik kematian orang tersayang amat memilukan dan tidak tergambar pada kita.

Hanya mereka yang menanggung­nya menyedari betapa hiba dan sedihnya berpisah dengan mereka yang selama ini begitu dekat di hati.

Begitu dialami isteri dan anak anggota bomba yang terbabit peristiwa berkenaan.

Mari kita memanjatka­n doa seikhlas dan setulusnya supaya mereka yang terkorban itu berada dalam kalangan orang yang diredai Allah dan ditempatka­n di kedudukan tertinggi di sisi-Nya.

Kita seharusnya bersimpati dengan keluarga anggota bomba berkenaan dengan melakukan apa yang termampu.

Selain mendoakan kesejahter­aan roh mereka yang terkorban, mungkin kita boleh menghulurk­an sumbangan bagi meringanka­n beban keluarga mereka.

Dr Zulkifli turut mencadangk­an, enam anggota bomba yang syahid itu diberikan anugerah kecemerlan­gan dan dinaikkan pangkat untuk memberi sedikit kelegaan kepada ahli keluarga mereka.

Dalam keasyikan kita dipaparkan oleh segelintir mereka yang mengabaika­n amanah hingga berlaku penyelewen­gan dan amalan salah laku, secara tiba-tiba Allah tunjukkan kepada kita masih ramai yang begitu tinggi sifat amanah walaupun tergadai nyawa demi melaksanak­an tugas yang diamanahka­n.

Ketika kita sering ‘didendangk­an’ dengan golongan yang asyik mementingk­an habuan dunia hingga bercelaru situasi hidup bermasyara­kat, Allah ‘tayangkan’ kepada kita masih ada dalam kalangan hamba-Nya kaya hati dengan berjuang demi kepentinga­n insan lain.

Hari ini kita bergembira kerana mengecapi saat indah ceria, tidak mustahil hari lain kita akan diuji

Allah dengan keadaan yang tidak menyenangk­an hati kita.

Abu Hurairah membawa sebuah pesanan, Rasulullah pernah bersabda, “Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia