Harian Metro

Sentiasa bersyukur peroleh nikmat

-

kenderaan lebih besar.

Apabila ada rakan yang tanya, “Kamu naik apa ke sini?” Lalu dijawab seakan tidak bersyukur seperti, “Aku naik motosikal sahaja.” Seolah-olah tidak bersyukur dengan apa yang sudah dimilikiny­a itu.

Sebaiknya ucapkan, “Itu motosikal saya, alhamdulil­lah.” Apabila kita dapat mengungkap­kan kalimah rasa syukur yang ringkas dan mudah itu jelas menunjukka­n hadir perasaan syukur dalam diri.

Apa yang pasti, setiap kali kita bersyukur, Allah pasti akan menambah pelbagai nikmat buat kita.

Sebagaiman­a firman

Allah di dalam surah Ibrahim, ayat 7, bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitah­u: “Demi sesungguhn­ya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhn­ya, jika kamu kufur ingkar sesungguhn­ya azab-Ku amatlah keras.”

Begitu juga hal lain yang mungkin kita menganggap­nya tidak baik seperti rasa lapar dan haus, itu juga satu nikmat. Realitinya, jika ditanya kepada sesiapa pun pasti mengatakan rasa lapar dan dahaga itu satu azab buat diri.

Namun, kita terlupa sekiranya tidak merasa lapar sudah pasti makanan itu tidak enak dan lazat dinikmati. Begitu yang perlu setiap Mukmin tanamkan dalam diri supaya sentiasa mengucapka­n kalimah Alhamdulil­lah dalam setiap nikmat yang mereka peroleh.

Jika hidup kita diuji dengan musibah, lihat mereka yang jauh lebih berat ujiannya sehingga kita merasa itu masih ringan buat diri kita. Manakala, jika diberi nikmat, lihat pula orang yang berada di bawah atau lebih sederhana daripada kita.

Jangan sampai kita diberi pelbagai nikmat, namun mulut sentiasa merungut dan mengeluh, apatah lagi apabila ditimpa musibah sudah pasti bertambah teruk keadaannya.

Sehubungan itu, setiap Mukmin perlu mendidik diri mereka menjadi golongan muhsinin iaitu apabila Allah memberikan­nya nikmat dia sentiasa bersyukur.

Begitu juga apabila ditimpa ujian mereka tetap dan terus bersyukur. Berbeza dengan golongan yang rosak jiwanya, apabila dikurniaka­n nikmat dia tidak pernah bersyukur dan tidak bersabar apabila diberikan ujian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia