Harian Metro

‘Kita sudah jangka beliau akan menang’

-

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad gembira Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali semula ke Dewan Rakyat atas kejayaan memenangi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Sabtu lalu.

“Sudah tentu saya gembira. Beliau daripada parti yang sama. Kita sudah jangka beliau akan menang. Kita juga tahu beliau akan kembali (ke Dewan Rakyat).

“Ada tujuh calon bertanding dan enam termasuk pembangkan­g sudah tentu berpecah, maka calon ketujuh akan menang. Anwar menang besar,” katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

Sabtu lalu, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) memenangi PRK Parlimen Port Dickson selepas memperoleh majoriti 23,560 undi.

Anwar menewaskan enam pencabarny­a iaitu calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, yang memperoleh 7,456 undi.

Calon lain, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad yang bertanding atas tiket Bebas pula memperoleh 4,230 undi, manakala bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendapat 82 undi.

Tiga lagi calon Bebas, Stevie Chan Keng Leong memperoleh 337 undi, manakala Lau Seck Yan (214 undi) dan Kan Chee Yuen (154 undi).

Anwar, 71, layak bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson selepas mendapat pengampuna­n diraja daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 16 Mei lalu.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut gembira dengan kepulangan suaminya ke Parlimen.

“Saya rasa sungguh gembira. Dulu beliau dinafikan hak bertanding dan kini kembali ke Parlimen semula. Beliau dapat bertanding selepas mendapat pengampuna­n diraja.

“Kena ingat, beliau tidak pernah mengaku tuduhan dikenakan terhadapny­a. Apa yang berlaku adalah ketidakadi­lan kepada beliau,” katanya. PAS menggesa Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentang­kan kertas putih mengenai kedudukan sebenar kewangan kerajaan, sebelum pembentang­an Bajet 2019 pada 2 November ini.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata, ia penting bagi memperjela­s kecelaruan status kewangan negara susulan kenyataan bercanggah antara beberapa pemimpin kerajaan.

Katanya, kenyataan terbaru daripada Menteri Pertahanan, Mohamad

Sabu yang mendakwa nilai sebenar hutang negara lebih besar daripada RM1 trilion, adalah serius kerana berbeza dengan kenyataan Guan Eng di Dewan Rakyat.

Nasrudin berkata, percanggah­an berhubung status kewangan negara bukan perkara remeh dan boleh memberi implikasi buruk kepada kestabilan ekonomi negara.

 ??  ?? DR Mahathir bersalaman dengan Anwar sebelum mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Port Dickson pada sidang Dewan Rakyat, semalam.
DR Mahathir bersalaman dengan Anwar sebelum mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Port Dickson pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia