Harian Metro

Galak terus tabur bakti

-

Putrajaya: Anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran bukan penghalang dalam memberikan khidmat kepada rakyat, sebaliknya sebagai galakan untuk terus menabur bakti.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun berkata, beliau bersyukur dan berbesar hati dengan kurniaan darjah kebesaran kepadanya, sekali gus melihatnya dari sudut yang positif.

“Kita manusia, hanya mampu merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah. Jadi terpulang kepada diri masing-masing dan saya berharap ini perkara positif kepada saya untuk terus memberi khidmat kepada rakyat.

“Pengurniaa­n ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang menghalang kita untuk terus berkhidmat, tetapi sebagai galakan untuk terus menabur bakti kepada rakyat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Konvokesye­n Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini, semalam.

Sabtu lalu, Rina mendahului senarai 419 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena sambutan Hari Jadi Ke-80 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

Beliau antara 14 penerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri, selain Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Ditanya mengenai penganuger­ahan itu turut mendapat kecaman dan kritikan netizen, Rina berkata, ia sudah pasti melalui proses pemilihan.

“Mereka boleh memberikan pelbagai pandangan dan pendapat, tetapi diri kita yang menerima kurniaan ini sudah pastinya kena anggap ia suatu perkara untuk kita terus memberikan khidmat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Kabinet juga tidak mempunyai prosedur operasi standard (SOP) untuk menteri atau timbalan menteri berhubung penerimaan darjah berkenaan.

Pada sambutan Hari Jadi Ke-80 Yang di-Pertua Negeri Melaka, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Melaka iaitu ADUN Bandar Hilir merangkap Pengerusi DAP Melaka, Tey Kok Kiew dan Wong Fort Pin (Bemban) turut dianugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Minggu lalu pula, dua menteri DAP Sabah iaitu Stephen Wong dan Frankie Poon dianugerah­kan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Susulan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat teguran secara terbuka kepada beberapa pemimpin parti itu yang menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka serta Sabah, baru-baru ini.

 ??  ?? RINA
RINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia