Harian Metro

‘saya masih aktif’

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

berjudul Percayalah itu.

“Selepas berkahwin, saya jarang muncul di kaca TV, radio dan akhbar tempatan. Namun, saya sebenarnya masih aktif menyanyi.

“Alhamdulil­lah, undangan untuk menjayakan persembaha­n pentas pun sentiasa saya terima. Cuma, mungkin ada yang menganggap saya tidak lagi aktif kerana jarang terima publisiti,” katanya.

Selepas bergelar isteri, penyanyi berusia 31 tahun ini lebih selesa ditemani suaminya, Ahmad Shariff, 37, sekiranya perlu muncul pada acara hiburan.

“Sejak berkahwin, saya selalu ditemani suami kerana rasa lebih selesa. Bagi saya, apabila dah bersuami, lebih baik dia temankan saya. ‘Beauty with brain’. Itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambar­kan figura bernama Nazeera Sardi. Bukan sekadar bergelar pelakon malah gadis berusia 32 tahun ini berusaha keras memajukan hidupnya dengan menceburi dunia perniagaan.

Lebih daripada itu, dia tidak jemu menggali ilmu bagi memantapka­n asas perniagaan dan kini mampu tersenyum apabila berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Pentadbira­n Perniagaan di Universiti Putra Malaysia pada Ogos lalu.

“Sepanjang Ogos saya betul-betul fokus terhadap pengajian. Tiga bulan lamanya saya kena siapkan ‘project paper’ untuk semester akhir.

“Tawaran berlakon memang ada tapi terpaksa tolak kerana tak mahu mencampura­dukkan kedua-duanya yang boleh membuatkan saya tertekan.

“Alhamdulil­lah sebaik tamat tugasan, saya ditawarkan berlakon untuk slot Samarenda TV3. Namun, dalam kesibukan untuk fokus belajar, saya sempat juga membintang­i telefilem yang pendek masa penggambar­annya termasuk Wanita Di Hujung Kuala untuk slot khas RTM,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia