Harian Metro

DAKAP SUASANA DESA

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Langkah penulis hari itu betulbetul langkah kanan. Sebaik saja naik ke rumah, secawan teh yang masih berasap, beberapa jenis kuih tradisiona­l dan semangkuk bihun sudah terhidang di atas meja.

Perjalanan sekitar 30 minit dari Pekan Kuah untuk menerokai kawasan inap desa di Kampung Tua, Jalan Tanjung Rhu, Langkawi terasa berbaloi.

Tidak cukup dengan makanan itu, buah markisa segar di dalam bakul yang dipetik berhampira­n rumah kayu itu hanya menanti masa untuk dinikmati sebagai pencuci mulut.

Meskipun langit mendung menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa, tidak sedikit pun mengganggu ketenangan ketika berada di serambi rumah. Hembusan angin dingin seolaholah menerbangk­an kepenatan dan menjadikan petang itu cukup indah.

Pemilik kediaman, Abdul Jamil Ali dan Sabariah Abu Hassan pula tidak putus-putus menyuruh penulis menambah teh dan makanan itu, terasa seperti sudah lama berkenalan walaupun baru pertama kali berjumpa.

Mana tidaknya, keramahan mereka membuatkan penulis berasa cukup selesa seakanakan berada di rumah sendiri. Mungkin sebab inilah inap desa di Malaysia cukup terkenal dalam kalangan pelancong asing.

Ditanya mengenai inap desa miliknya, Jamil berkata, mereka mengusahak­annya sejak 2009 dan setiap bulan pasti ada pengunjung tidak kira dari dalam atau luar negara yang menjadikan rumahnya sebagai destinasi percutian.

Pelbagai reaksi boleh diperhatik­an termasuk ada pelancong janggal guna tandas di luar rumah

Katanya, persekitar­an kampung yang tidak ditelan pembanguna­n moden memberi banyak manfaat kepada pengusaha sepertinya untuk menawarkan produk pelanconga­n inap desa kepada pelancong.

“Saya beruntung kerana kediaman ini berhampira­n dengan sawah padi milik sepupu yang membolehka­n kami menawarkan pelbagai aktiviti kampung kepada pelancong asing dan tempatan yang ingin merasai kehidupan di desa.

“Di rumah ini ada satu bilik dikhaskan kepada tetamu dan bagi mereka yang datang secara berkumpula­n, boleh menginap di rumah kayu kedua kami di hadapan sana,” katanya.

Bercerita pengalaman menerima tetamu asing,

Jamil berkata, dalam tempoh sembilan tahun menjadi pengusaha inap desa, pelbagai reaksi menarik boleh diperhatik­an contohnya pelancong yang berasa janggal untuk menggunaka­n tandas di luar rumah.

Katanya, dia ingin mengekalka­n konsep persekitar­an kampung yang asli bagi membolehka­n pengunjung merasai kehidupan yang berbeza dengan tempat asal mereka.

“Mereka dapat melihat bagaimana kami menjalani hidup sebagai orang kampung dan menyertai aktiviti harian seperti pergi ke sawah untuk menuai padi, memancing ikan sungai, mencari siput atau beriadah di kawasan pantai berdekatan.

“Malah mereka boleh belajar memasak makanan tradisiona­l. Ternyata ia antara yang menarik minat mereka selain pelbagai kegiatan harian lain masyarakat kampung,” katanya.

Penulis meminta izin untuk meninjau kawasan rumahnya bagi merakam gambar pemandanga­n meskipun kedamaian itu tidak dapat diceritaka­n sepenuhnya menerusi sekeping gambar.

Di tepi sawah, kelihatan seekor lembu jinak meragut rumput basah. Sesekali, kedengaran ia melenguh apabila penulis cuba mendekatin­ya. Mungkin memberi amaran supaya tidak diganggu privasinya.

Penulis dapat membayangk­an, jika anak kecil yang tinggal di bandar melihat haiwan itu sudah

pasti kedengaran suara riang mengusik. Maklum saja, amat jarang menemui lembu di kawasan bandar.

Di parit kecil yang jernih airnya, kelihatan anak ikan bermain riang. Sesekali kelihatan juga kelibat ikan puyu berlalu pantas. Jika penulis berkesempa­tan untuk berada di sana beberapa hari, pastinya aktiviti mengail di parit itu menjadi pilihan.

Di bawah rumah Jamil pula terdapat beberapa basikal tua yang disusun rapi dan berbasikal juga adalah antara aktiviti yang boleh dilakukan pelancong sekiranya bertandang ke inap desa miliknya.

Jamil berkata, kediamanny­a menjadi perhatian pelancong asing untuk merasai pengalaman berada di kampung kerana dia sekeluarga sentiasa menganggap tetamu sebagai sebahagian daripada ahli keluarga.

Sebagai tuan rumah, mereka sekeluarga perlu kreatif menyediaka­n aktiviti untuk mengelakka­n pelancong berasa bosan sepanjang berada di rumahnya.

“Kita perlu memberi pengalaman yang baik kepada pelancong tidak kiralah penduduk tempatan atau dari luar negara kerana kita mahu mereka pulang dengan rasa berat hati dan ingin kembali lagi sekiranya bercuti di Langkawi.

“Semua pengusaha inap desa di kampung ini saling bekerjasam­a untuk mempromosi­kan kawasan ini sebagai destinasi pelanconga­n,” katanya.

Sememangny­a penulis cukup seronok meskipun hanya beberapa jam berada di rumah kayu itu. Layanan mesra, aktiviti disediakan dan pemandanga­n indahnya memang boleh membuatkan kita berat hati untuk pulang. Penulis dapat membayangk­an percutian inap desa di sini mampu memberi pengalaman unik kepada sesiapa saja, termasuk mereka yang bergelar anak kampung!

Mereka dapat melihat bagaimana kami menjalani hidup sebagai orang kampung dan menyertai aktiviti harian seperti pergi ke sawah untuk menuai padi, memancing ikan sungai, mencari siput atau beriadah di kawasan pantai berdekatan

JAMIL

 ??  ??
 ??  ??
 ?? FOTO: HAFIZ ITHNIN ?? 1. JAMIL dan Sabariah yang mesra melayan pengunjung.
2. RUMAH tradisiona­l Melayu mampu memukau pandangan pelancong asing.
3. BILIK yang ringkas untuk tetamu.
4. PENGUNJUNG boleh berbasikal keliling kampung sekiranya menginap di kediaman inap desa
5. KONSEP tingkap lama mencermink­an budaya masyarakat setempat.
6. HIASAN dalaman rumah kekalkan ciri tradisiona­l. PEMANDANGA­N bendang dan Gunung Raya terpapar dari kawasan kediaman.
FOTO: HAFIZ ITHNIN 1. JAMIL dan Sabariah yang mesra melayan pengunjung. 2. RUMAH tradisiona­l Melayu mampu memukau pandangan pelancong asing. 3. BILIK yang ringkas untuk tetamu. 4. PENGUNJUNG boleh berbasikal keliling kampung sekiranya menginap di kediaman inap desa 5. KONSEP tingkap lama mencermink­an budaya masyarakat setempat. 6. HIASAN dalaman rumah kekalkan ciri tradisiona­l. PEMANDANGA­N bendang dan Gunung Raya terpapar dari kawasan kediaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia