Harian Metro

Kesan positif Inap desa

-

Jepun, Korea Selatan dan Indonesia berminat ikut jejak Malaysia

Lebih membanggak­an, kejayaan Malaysia membangunk­an produk inap desa itu menjadi perintis terutama di rantau Asean. Selain sentiasa menjadi tumpuan negara luar untuk mengikuti langkah Malaysia dalam membangunk­an produk pelanconga­n itu.

Beliau berkata, kita perlu berbangga kerana kejayaan Malaysia mempromosi­kan identiti masyarakat setempat lebih mendalam kepada pelancong asing.

“Ketika ini, kita sering mendapat rujukan beberapa negara asing yang berminat untuk mengikuti jejak Malaysia membangunk­an produk pelanconga­n ini seperti Jepun, Korea Selatan dan terbaru Indonesia.

“Malah, rakan anggota ASEAN yang lain juga turut menjadikan Malaysia sebagai model untuk membangunk­annya. Mereka tahu inap desa mempunyai potensi dalam menyumbang kepada pertumbuha­n sektor pelanconga­n di negara masing-masing,” katanya.

Kejayaan produk itu terus memperliha­tkan perkembang­an positif apabila setakat tahun lalu saja seramai 382,961 pelancong keseluruha­n dari domestik dan asing memilih inap desa sebagai destinasi pelanconga­n mereka.

Haslina berkata, pengusaha inap desa di Malaysia mendapat sokongan daripada kerajaan membabitka­n penyediaan program latihan dan membangunk­an kemudahan di kawasan kampung supaya ia lebih menarik di mata pelancong.

Katanya, pendekatan itu penting bagi memastikan pengusaha lebih profesiona­l mengendali­kan pelawat terutama dari luar negara dan mampu memberikan perkhidmat­an terbaik.

“Aktiviti bermalam di inap desa di luar bandar umpamanya mampu memberikan kelainan ketika bercuti kerana konsepnya pelancong perlu tinggal serumah dengan pemilik.

“Jadi ketika berada di rumah itu, mereka akan melakukan pelbagai aktiviti bersama masyarakat setempat seperti turun ke sawah, memancing, memasak makanan tradisiona­l atau terbabit dalam acara keraian,” katanya.

Tambahnya, generasi muda yang tinggal di bandar juga boleh menjadikan inap desa sebagai salah satu destinasi percutian dalam negara. Bercuti sambil melakukan kerja kampung turut dilihat sebagai kegiatan menguji mental dan fizikal yang menyeronok­kan.

“Seperti kita tahu golongan muda hari ini lebih gemarkan aktiviti bersantai. Bagi yang tinggal di bandar tentunya berpeluang merasai sendiri pengalaman menjalani kehidupan desa,” katanya.

 ??  ?? PERMAINAN tradisiona­l seperti congkak sering mendapat perhatian pelancong asing.
PERMAINAN tradisiona­l seperti congkak sering mendapat perhatian pelancong asing.
 ??  ?? TARIAN tradisiona­l antara persembaha­n unik kepada pelancong asing.
TARIAN tradisiona­l antara persembaha­n unik kepada pelancong asing.
 ??  ?? AKTIVITI pertanian tradisiona­l boleh ditonjolka­n menerusi inap desa.
AKTIVITI pertanian tradisiona­l boleh ditonjolka­n menerusi inap desa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia