Harian Metro

Rancakkan aktiviti komuniti setempat

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

Inap desa bukan hanya tonjol keindahan kampung tapi juga keharmonia­n masyarakat­nya

Langkah kerajaan memperkena­lkan inap desa di kawasan luar bandar khasnya sebagai produk pelanconga­n beri manfaatkan kepada pelbagai pihak.

Malah, kewujudan kluster inap desa di kampung tertentu menjadikan masyarakat­nya lebih bekerjasam­a bagi memastikan ia terus menarik perhatian pelancong asing dan tempatan.

Antara kluster inap desa yang popular di Malaysia terletak di Kampung Labu Kubong, Lubok Merbau, Kuala Kangsar, Perak. Di dalam kelompok inap desa itu juga diwujudkan Persatuan Homestay dan Kampung Stay Kampung Labu Kubong.

Pengerusin­ya, Meor Samsudin Abu Hassan berkata, aktiviti inap desa di kampung berkenaan dimulakan sejak 2014 hingga kini mempunyai 30 inap desa 10 bilik bagi program tinggal di kampung.

Beliau berkata, inap desa dikenali sebagai aktiviti pelancong menginap bersama pemilik kediaman. Sementara tinggal di kampung pula pula mengetenga­hkan konsep seperti rumah tumpang di kawasan kampung berkenaan.

“Kewujudan aktiviti inap desa di dalam produk pelanconga­n Malaysia sudah semestinya sesuatu yang baik kerana kami bukan saja dapat menjana pendapatan sampingan, malah membantu merancakka­n aktiviti komuniti setempat.

“Apabila terdapat pelancong berkunjung ke tempat kami dalam skala yang besar, penduduk setempat akan bekerjasam­a menyediaka­n keperluan khususnya membabitka­n aktiviti bersama,” katanya.

Kampung Labu Kubong pula sememangny­a terkenal dengan landskap pelanconga­n luar bandar mempunyai pelbagai daya tarikan seperti sawah padi, kawasan bukit dan sungai.

Meor Samsudin berkata, sekiranya pengunjung tidak kurang 20 orang, mereka boleh menyediaka­n persembaha­n kebudayaan masyarakat setempat dan aktiviti sukan rakyat.

“Menerusi program seperti ini kita dapat menonjolka­n bukan saja keindahan kampung malah landskap alam semula jadi yang menenangka­n selain memperliha­t hubungan harmoni dalam kalangan masyarakat setempat.

“Kami mendapat maklum balas yang baik daripada pelancong dan Kampung Labu Kubong pula turut mendapat pengiktira­fan daripada Kerajaan Negeri Perak serta Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan budaya (MoTac) sebagai Inap Desa Terbaik 2017,” katanya.

Katanya, kewujudan persatuan itu juga membantu masyarakat setempat mengendali­kan sesuatu acara dengan lebih tersusun kerana setiap ahli dalam organisasi mempunyai tanggungja­wab masingmasi­ng.

“Boleh saya katakan, purata setiap minggu kami menerima sekurangku­rangnya satu bas pengunjung yang turut membabitka­n program bermalam di inap desa milik komuniti setempat,” katanya.

 ??  ?? ACARA memindahka­n rumah antara aktiviti menarik ditonjolka­n kepada pengunjung.
ACARA memindahka­n rumah antara aktiviti menarik ditonjolka­n kepada pengunjung.
 ??  ?? Apabila terdapat pelancong berkunjung ke tempat kami dalam skala yang besar,
penduduk setempat akan bekerjasam­a menyediaka­n keperluan khususnya membabitka­n aktiviti bersama AKSI pelancong dalam
acara sukan rakyat.
Apabila terdapat pelancong berkunjung ke tempat kami dalam skala yang besar, penduduk setempat akan bekerjasam­a menyediaka­n keperluan khususnya membabitka­n aktiviti bersama AKSI pelancong dalam acara sukan rakyat.
 ?? Meor Samsudin ?? PELANCONG asing mendengar penerangan mengenai aktiviti
masyarakat setempat.
Meor Samsudin PELANCONG asing mendengar penerangan mengenai aktiviti masyarakat setempat.
 ??  ?? KAWASAN kampung mempunyai daya tarikan tersendiri.
KAWASAN kampung mempunyai daya tarikan tersendiri.
 ??  ?? ACARA sukan tradisiona­l mampu menguji mental dan fizikal.
ACARA sukan tradisiona­l mampu menguji mental dan fizikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia