Harian Metro

Langkawi hab aktiviti cruise

- Hafiz Ithnin

Bantu tonjolkan sebagai destinasi percutian ideal untuk pelancong Eropah

Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MoTac) terus memfokuska­n peningkata­n jumlah operator pelanconga­n bagi membantu mencapai 30 juta kedatangan pelancong ke Malaysia menjelang 2020.

Setakat ini, terdapat lebih 8,000 operator pelanconga­n terdiri daripada pemilik tempatan sepenuhnya, selain usaha sama tempatan bersama pemegang ekuiti asing yang beroperasi di negara ini.

Dalam masa sama, bagi meningkatk­an penjenamaa­n Malaysia sebagai destinasi pelanconga­n unggul, operator asing juga tidak ketinggala­n menjadikan Malaysia sebagai destinasi operasi perniagaan masingmasi­ng.

Timbalan Pengarah Besar (Promosi) Tourism Malaysia, Datuk Seri Abdul Khani Daud berkata, setakat ini terdapat 17 operator asing beroperasi di Malaysia bagi mempromosi­kan negara sebagai destinasi percutian kepada pelancong asing khasnya.

Beliau berkata, antara 17 operator itu adalah peneraju operator pelanconga­n antarabang­sa, Kumpulan TUI yang beribu pejabat di Eropah dan berjaya menarik lebih 7,000 pelancong ke Malaysia.

“Kumpulan TUI sudah mendapat lesen operasi pelanconga­n di Malaysia bagi aktiviti melancong di dalam dan luar negara serta penjualan tiket dalam kegiatan berkenaan.

“Antara yang menjadi fokus di Malaysia adalah memperkena­lkan pakej cruise dan penerbanga­n dari London, Birmingham dan Manchester ke

Pulau Langkawi, Kedah. Kemudian pelancong juga akan melakukan aktiviti cruise di Langkawi dan beberapa lokasi perairan di Asean selama enam hari tujuh malam.

“Langkawi akan menjadi hab bagi aktiviti cruise berkenaan. Kita juga berbangga kerana syarikat asing itu memilih Malaysia sebagai hab bagi dua kapal cruise iaitu Marella dan MeinShchif­f,” katanya pada majlis memperkena­lkan kumpulan syarikat itu kepada Mediax, baru-baru ini.

Langkah itu dijangka dapat membantu menonjolka­n Langkawi sebagai hab cruise dan Malaysia sebagai destinasi percutian ideal untuk pelancong di Eropah.

Mengulas berkenaan Bajet 2019 yang bakal dibentangk­an, beliau berharap kerajaan turut memfokuska­n kepada aktiviti promosi pelanconga­n khasnya membabitka­n Malaysia dalam acara promosi antarabang­sa.

Beliau berkata, pihaknya kekurangan dana bagi mempromosi­kan pelanconga­n Malaysia dalam acara antarabang­sa dan perkara itu penting kerana ia dapat menarik bukan saja kehadiran pelancong asing, malah pelabur.

“Setiap tahun, kami menghadiri sekitar enam acara promosi antarabang­sa dan seperti Kumpulan TUI ini, kami bertemu dalam salah satu acara berkenaan.

“Hasil kemasukan Kumpulan TUI ke Malaysia yang juga pertama ia beroperasi di Asia Tenggara menunjukka­n keperluan untuk menarik kehadiran pelabur asing dalam industri pelanconga­n menerusi acara promosi berkenaan,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Khani (tengah) dan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Ahmad Shah Hussein Tambakau (kanan) menyerahka­n sijil operator pelanconga­n kepada Ketua Dasar Awam di Korporat Kumpulan TUI dan Perhubunga­n Dalaman, Frank Puttmann.
ABDUL Khani (tengah) dan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Ahmad Shah Hussein Tambakau (kanan) menyerahka­n sijil operator pelanconga­n kepada Ketua Dasar Awam di Korporat Kumpulan TUI dan Perhubunga­n Dalaman, Frank Puttmann.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia